Connect with us

Oh! Media

Pemandu Langgar Pelajar UniSZA Ada Rekod Psikiatri, Honda Jazz Milik Adik Bukan Dicuri

Ohmedia honda Jazz Unisza

Trending

Pemandu Langgar Pelajar UniSZA Ada Rekod Psikiatri, Honda Jazz Milik Adik Bukan Dicuri

Pemandu langgar pelajar UniSZA hidap MDD, Honda Jazz milik adik bukan kereta curi seperti ditularkan.

Terkini! Polis mengesahkan pemandu Honda Jazz yang melanggar lampu merah sehingga meragut nyawa penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempunyai rekod rawatan psikiatri.

Memetik laporan Harian Metro, polis mengesahkan rawatan dibuat lelaki itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Januari tahun lalu.

Pemandu sakit mental

Honda Jazz

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor lagi, pemandu didapati menghidap Major Depression Disorder (MDD).

IKLAN

Dalam pada itu, polis turut menjelaskan bahawa Honda Jazz yang dipandunya adalah milik adik kandung dan bukan kereta curi, sekaligus menafikan dakwaan yang tular di media sosial.

Tambah beliau, sebelum kejadian, lelaki tersebut sempat menceroboh masuk ke sebuah Honda City yang diparkir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan mencuri barangan termasuk wang tunai RM200.

Polis minta henti sebar spekulasi

Syakirah Hanan

Polis turut meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

Pemandu tersebut akan ditahan selepas selesai menerima rawatan untuk membantu siasatan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pssttt! Hormatilah proses siasatan dan elakkan sebar cerita yang belum sahih. Semoga keluarga mangsa terus tabah hadapi dugaan ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas