Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Tegur Jangan Keruhkan Keadaan Isu Tahanan Rumah Najib

Ohmedia zahid hamidi dap najib

Oh! Negara

Zahid Hamidi Tegur Jangan Keruhkan Keadaan Isu Tahanan Rumah Najib

Zahid Hamidi kongsi hantaran ringkas susulan keputusan Mahkamah Tinggi tolak tahanan rumah Najib Razak

Hantaran ringkas di media sosial oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, tiba-tiba jadi bualan ramai sejurus keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Datuk Seri Najib Razak diumumkan. Walaupun ayatnya pendek, maksud di sebaliknya buat ramai mula mentafsir ke arah tertentu.

Dalam situasi politik yang memang tengah panas, kenyataan sebegini cepat mengundang reaksi pelbagai pihak. Ada yang melihatnya sebagai nasihat, ada juga yang anggap ia satu sindiran halus kepada pihak tertentu.

Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak.- Katanya.

Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak, ramai beranggapan mesej itu ada kaitan dengan reaksi sesetengah pemimpin selepas keputusan mahkamah diumumkan.

IKLAN

Reaksi terhadap pemimpin DAP jadi perhatian

Sebahagian pemerhati politik berpendapat kenyataan Zahid itu ditujukan kepada pemimpin DAP yang dilihat seakan menyambut gembira keputusan mahkamah tersebut. Perkara ini mula diperkatakan di ruang komen dan media sosial.

Tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, yang mengaitkan keputusan mahkamah dengan sambutan tahun baharu turut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin UMNO.

Pemuda UMNO desak tarik sokongan kerajaan

Antara yang paling lantang bersuara ialah Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh. Beliau menyuarakan kekecewaan secara terbuka dan menggesa tindakan lebih tegas diambil.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri, Najib Razak, kekal menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan beliau. Permohonan itu berkaitan pelaksanaan Titah Adendum berhubung tahanan rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, memutuskan isu tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari tahun lalu. Najib kini menjalani baki hukuman penjara atas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pssttt! Ohmedia harap korang bertenang bila isu sensitif macam ni timbul. Kadang-kadang reaksi berlebihan hanya tambah panas keadaan, sedangkan rakyat cuma nak lihat penyelesaian yang matang dan berhemah.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas