Connect with us

Oh! Media

Isu Harta Sepencarian Dr Fie Dan Nubhan Dibawa Ke Mahkamah, Proses Sulh Ditetapkan 8 Januari

Nubhan

Trending

Isu Harta Sepencarian Dr Fie Dan Nubhan Dibawa Ke Mahkamah, Proses Sulh Ditetapkan 8 Januari

Isu harta sepencarian Dr Fie dan Nubhan bakal melalui proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 8 Januari.

Peguam syarie mewakili Dr Fie iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan bahawa anak guamnya dan bekas suami, Nubhan Ahamad akan menjalani proses sulh atau mediasi bagi tuntutan harta sepencarian.

Menurut laporan Harian Metro, proses itu akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 8 Januari ini selepas Dr Fie memfailkan permohonan tuntutan pada 3 Disember 2025.

Kediaman di Senawang antara tuntutan Dr Fie

Dr Fie

Mengulas lanjut, Akberdin berkata notis sudah dihantar kepada pihak Nubhan dan kedua-dua pihak akan berbincang dalam sesi sulh berkenaan.

IKLAN

Sekiranya tidak mencapai keputusan pada proses sulh itu, maka sebutan kes untuk perbicaraan akan dibuat di mahkamah. Malah, kediaman di Senawang (Negeri Sembilan) itu antara menjadi tuntutan anak guam saya.

Dakwaan barangan dikeluarkan Nubhan tanpa kebenaran

Nubhan

Dalam masa sama, Akberdin tidak menafikan kemungkinan tindakan sivil akan diambil terhadap Nubhan yang didakwa mengeluarkan barangan milik Dr Fie dari kediaman kelamin tanpa kebenaran.

Pihak di sana didakwa sudah menceroboh dengan mengeluarkan barangan anak guam saya dari kediaman itu tanpa kebenaran. Malah, didapati ada berlaku unsur jenayah apabila anak guam saya mendakwa kehilangan barang kemas dan sejumlah wang.

Beliau turut memaklumkan akan memohon pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kehilangan tersebut.

Untuk rekod, pada 29 Disember lalu, Nubhan didakwa memindahkan barangan Dr Fie dan anak-anak dari rumah berkenaan tanpa kebenaran ketika mereka bercuti ke luar negara.

Bagaimanapun, Nubhan memaklumkan beliau telah membuat laporan polis terlebih dahulu, menyebabkan kes itu diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA).

Pssttt! Dalam urusan perceraian dan harta sepencarian, jalan perbincangan dan mediasi wajar diutamakan agar hak semua pihak, terutama anak-anak, dapat dilindungi tanpa konflik berpanjangan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas