Connect with us

Oh! Media

“Saya Maafkan, Bukan Salah Dia Pun” – Bapa Syakirah Hanan Maafkan Keluarga Pemandu Honda Jazz

Ohmedia syakirah Hanan

Trending

“Saya Maafkan, Bukan Salah Dia Pun” – Bapa Syakirah Hanan Maafkan Keluarga Pemandu Honda Jazz

Bapa mengaku keluarga pemandu Honda Jazz ada memohon maaf.

Tular di media sosial semalam rakaman video memaparkan detik kemalangan melibatkan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu Syakirah Hanan.

Gadis berusia 25 tahun itu maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah Honda Jazz ketika membelok ke kanan di lampu isyarat.

Jenazah dikebumikan dalam suasana sebak

Syakirah Hanan

Lapor Harian Metro, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.

IKLAN

Bapa kepada arwah, Mazli Yusoh, menyatakan rasa syukur kerana segala urusan pengebumian anaknya dipermudahkan.

Alhamdulillah, jenazah anak sangat ‘comel’ (elok, baik keadaannya). Kecederaan lebih kepada bahagian dalaman dan hanya sedikit kesan cedera pada muka.

Mazli juga menunjukkan ketabahan luar biasa apabila memaafkan keluarga pemandu terbabit yang datang menemuinya di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ya, dia datang meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Saya maafkan mereka, lagi pun mereka tak bersalah. Dalam Islam kita wajib memaafkan kalau orang datang minta maaf. Apa yang berlaku ini semuanya sudah suratan takdir. Allah telah menetapkan. Itu dari segi hukum.

Sebagai bapa, dia tiada masalah untuk memaaafkan kerana percaya apa yang berlaku sudah suratan takdir.

Bapa Syakirah Hanan

Undang-undang dunia kita kena ikut juga… undang-undang dunia seperti kecuaian manusia dan sebagainya tetapi itu cerita lain lah… tetapi dari segi hukum kita terima je lah sebab sampai masa kita akan mati.

Namun, dari segi perundangan, bapa menyerahkan segala siasatan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, pemandu Honda Jazz turut dilaporkan cedera parah dengan patah tangan kiri dan leher, dan kini dirawat di HSNZ.

Menerusi rakaman dashcam yang tersebar, pemandu Honda Jazz berkenaan dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kereta mangsa.

Pssttt! Sikap tenang dan ikhlas bapa dalam menerima takdir serta memaafkan insan yang terlibat merupakan satu contoh luar biasa kekuatan jiwa seorang ayah. Dalam ujian kehilangan anak tercinta, beliau tetap memilih untuk berdamai dengan takdir dan tidak menyalahkan sesiapa. Semoga arwah Syakirah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberi ganjaran syurga oleh Allah SWT.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas