Connect with us

Oh! Media

“Pale Hotak Kau Berjambul” – Dikecam Merentan Isu Nafkah, Abby Abadi Bersuara

Abby Abadi

Oh! Artis

“Pale Hotak Kau Berjambul” – Dikecam Merentan Isu Nafkah, Abby Abadi Bersuara

Abby Abadi balas kecaman netizen, dedah sudah 22 tahun diam isu nafkah.

Selepas pelakon Norman Hakim memberi amaran keras agar tiada siapa masuk campur isu nafkah, Abby Abadi pula tampil balas kritikan netizen yang menuduhnya suka buka cerita rumah tangga di media sosial.

BACA: “Pasal Nafkah Tertunggak Ni, Aku Bagi First Dan Last Warning, Jangan Cuba Masuk Campur” – Norman Hakim

Dalam posting terbarunya di Thread, Abby menempelak individu yang menulis kononnya dia adalah bekas isteri yang ‘kuat merentan’ dan suka bawa hal peribadi ke khalayak.

IKLAN

Menurut Abby, dia hanya mula bersuara selepas 22 tahun mendiamkan diri, itupun kerana rasa tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan.

Abby Abadi

Katanya lagi, kalau terus senyap, pihak yang bersalah mungkin akan terus ‘selesa’ dan tidak bertanggungjawab atas apa yang sepatutnya dilakukan.

Abby turut menasihatkan agar orang ramai faham maksud sebenar tanggungjawab sebelum sibuk nak kecam.

Belajarlah makna ‘tanggungjawab’ hidup dalam dunia ni… pastu baru ajak sembang.. takyah marah-marah. Dah tentu salah…

Dalam satu lagi posting, Abby dilihat menyindir seseorang yang dikatakan sedang marah-marah di media sosial.

Pssttt! Bila dua-dua pihak mula buka cerita lama, netizen pun jadi makin galak buat spekulasi. Tapi kalau dah simpan 22 tahun dan masih tak selesai, siapa tak makan hati? Cuma harapnya, isu sebegini dapat diselesaikan secara matang demi menjaga aib bersama dan emosi anak-anak yang mungkin terkesan.

Kredit: Threads Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas