Oh! Artis
“Pasal Nafkah Tertunggak Ni, Aku Bagi First Dan Last Warning, Jangan Cuba Masuk Campur” – Norman Hakim
Norman Hakim beri amaran keras isu nafkah dengan Abby Abadi, tegur media salah tafsir tajuk.
Pelakon terkenal, Norman Hakim, meluahkan rasa bengang apabila isu mas kahwin tertunggak menjadi perhatian ramai termasuk media.
BACA: Selepas 22 Tahun, Norman Hakim Akhirnya Bayar Mas Kahwin ‘Tertangguh’ Abby Abadi
Menerusi satu hantaran di Instagram, Norman memberi first and last warning kepada mana-mana pihak yang cuba masuk campur hal peribadinya!
Norman anggap tajuk media lari dari cerita asal
Dalam luahan panjang lebar, Norman menegur beberapa tajuk berita yang menurutnya lari jauh daripada apa yang sebenarnya dibincangkan.
Katanya, tajuk tersebut seolah-olah ‘copy paste’ dan langsung tak menggambarkan situasi sebenar antara dirinya dan Abby.
Jelasnya lagi, mas kahwin di Malaysia tidak mencecah lima angka. Dia bagaimanapun mengaku khilaf meletakkan rujukan transaksi sebagai ‘mas kahwin’ yang hanya untuk tujuan ‘rekod’ dan ‘filing’.
Katanya lagi, rekod transaksi tersebut bukanlah untuk tujuan paparan umum sebaliknya untuk rujukan cukai.
Isu nafkah, Norman bagi amaran keras

Norman turut menyentuh isu nafkah tertunggak dan memberi peringatan keras agar tiada pihak cuba menyibuk dalam hal yang hanya melibatkan dirinya dan Abby.
Aku bagi first & last WARNING, jangan cuba nak masuk campur. Itu antara aku dan mantan isteri @abbyabadi_112!
Tambahnya, duit yang diberikan kepada bekas isteri adalah hasil kerja keras siang malam, bukannya wang yang boleh dicetak sesuka hati.
Norman turut nyatakan bahawa beliau membayar cukai sejak 1999 dan setiap tahun mendapatkan pelepasan cukai untuk anak-anak. Beliau bersedia untuk bentangkan segala data yang ada di LHDN.
Pssttt! Isu yang patut selesai dalam diam kini jadi perdebatan apabila dikongsi secara terbuka kepada umum. Diharapkan isu nafkah ni tiada yang mengecam Norman sesuka hati lagi ye.
Kredit: Instagram Norman Hakim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM