Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Lelaki Ini Tunjuk Cara Keluarkan Sos Dari Dasar Botol, Hanya Guna Plastik

Oh! Lifestyle

(VIDEO) Lelaki Ini Tunjuk Cara Keluarkan Sos Dari Dasar Botol, Hanya Guna Plastik

Sos merupakan sejenis penambah rasa yang sesuai digunakan bagi menikmati juadah yang memerlukan sesuatu untuk dicicah. Lebih-lebih lagi penggunaan sos cili yang menjadi kegemaran masyarakat sehingga munculnya pelbagai jenama yang masing-masing membawa keunikkan yang tersendiri.

ADVERTISEMENT

Namun, mesti ada satu masalah bagi semua peminat sos cili kan? Ianya bukan sebab rasa sos yang kurang sedap sebaliknya melibatkan botol sos itu sendiri. Kadang-kadang kita sukar untuk mendapatkan lebihan sos pada dasar botol tersebut.

Perkara ini kelihatan remeh, namun tanpa sedar ia merupakan masalah bagi peminat sos sehingga memaksa mereka menggoncangkan botol dengan kuat. Walaupun perkara itu terjadi, namun ia seakan-akan tidak berjaya mengeluarkan sepenuhnya isi sos dari dasar botol itu.

Pelbagai cara dibuat masyarakat bagi mengatasi masalah itu dan salah-satunya ialah dengan menambah air panas. Walaupun cara ini cukup berkesan, tetapi ia sedikit sebanyak telah mengganggu keaslian rasa sos itu disebabkan mungkin akan terlalu cair dan tidak pekat.

Gambar hiasan (Sumber: Azryma)

Namun, perkara itu berjaya diselesaikan oleh seorang individu apabila dia telah menunjukkan cara-cara mengeluarkan baki sos itu dari dasar hanya menggunakan sebuah plastik.

Individu itu telah berkongsikan sebuah video di aplikasi TikTok miliknya bernama @kimuuseken, yang mana dia hanya memasukkan botol itu ke dalam plastik dalam posisi yang menegak sebelum bertindak memusingkan plastik itu.

https://www.tiktok.com/@kimuuseken/video/6986732938629057819?referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=6986732938629057819&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6977593574082971138

Video lifehack yang dimuat naik pada pukul tiga pagi itu mendapat reaksi yang positif dari kalangan netizen yang rata-ratanya memuji cara berkesan individu tersebut selain turut menyifatkan ia sangat membantu dalam menyelesaikan masalah itu.

Video yang menjadi perhatian ramai itu telah berjaya mencapai lebih daripada 2 juta tontonan serta mendapat 300,000 lebih tanda suka.

Namun diingatkan supaya netizen yang ingin mencuba kaedah ini supaya berhati-hati atau menggunakan lapisan plastik yang banyak agar tidak berlaku perkara buruk yang mampu mengundang bahaya.

Kredit: TikTok @kimuuseken

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas