Connect with us

Oh! Media

Pengumuman Pembubaran DUN Melaka Dijangka Petang Ini Bagi Beri Laluan Kepada PRN

Ohmedia ab Rauf Yusoh

Trending

Pengumuman Pembubaran DUN Melaka Dijangka Petang Ini Bagi Beri Laluan Kepada PRN

DUN Melaka dijangka dibubarkan petang ini bagi memberi laluan kepada PRN. Namun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka petang ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut laporan Malaysia Gazette, pengumuman itu dijangka dibuat dalam sidang media sekitar jam 3 petang, selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada jam 12 tengah hari dan Mesyuarat Post-Exco pada jam 2 petang. 

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka mengenai pembubaran tersebut.

IKLAN

Surat pembubaran didakwa sudah ditandatangani

Ab Rauf Yusoh

Sumber mendakwa surat pembubaran DUN sudah ditandatangani Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Sumber sama turut memaklumkan surat jemputan kepada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk hadir di Seri Negeri pada jam 2.30 petang telah diedarkan sejak malam tadi.

Perubahan jadual Mesyuarat Exco yang biasanya berlangsung pada Rabu kepada Selasa hari ini turut dilihat sebagai antara petunjuk bahawa pembubaran DUN mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Perkembangan ini hadir selepas Ab Rauf sebelum ini beberapa kali memberi bayangan bahawa pembubaran DUN Melaka semakin hampir.

Pada 17 September lalu, beliau berkata tarikh pembubaran masih belum ditetapkan dan akan diumumkan selepas beberapa urusan pentadbiran negeri diselesaikan. 

Sebelum itu, Pejabat Ketua Menteri Melaka turut menafikan dakwaan pada 15 September bahawa dokumen pembubaran DUN telah ditandatangani. 

DUN Melaka ada 28 Kerusi

Ab Rauf Yusoh

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, manakala mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember 2026. 

Jika pembubaran diumumkan, proses seterusnya adalah penetapan tarikh PRN oleh pihak berkuasa berkaitan.

Nota Oh! Media:
Buat masa ini, segala dakwaan mengenai pembubaran DUN Melaka perlu dirujuk kepada pengumuman rasmi. Jangan terus percaya atau sebarkan maklumat yang belum disahkan.

Sumber: Malaysia Gazette
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas