Connect with us

Oh! Media

Anees Ayunie Jelaskan Maksud ‘Perit Bantu Orang Miskin’, Bukan Sebab Duit

Anees Ayunie

Oh! Artis

Anees Ayunie Jelaskan Maksud ‘Perit Bantu Orang Miskin’, Bukan Sebab Duit

Anees Ayunie jelaskan maksud ‘perit bantu orang miskin’ selepas luahannya mengenai bantuan kewangan menjadi perhatian.

Pempengaruh dan usahawan Anees Ayunie tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik luahannya di Threads mengenai rasa ‘perit’ membantu golongan kurang berkemampuan.

Menurut Ayunie, ia bukan disebabkan keberatan mengeluarkan wang. Sebaliknya, dia bimbang bantuan berulang kali menyebabkan sesetengah penerima semakin bergantung dan tidak berusaha keluar daripada kesusahan.

Anees Ayunie dedah orang dibantu makin susah sebab harapkan bantuan sahaja

56478

Memetik laporan mStar, Ayunie berkata dia sememangnya memperuntukkan sebahagian pendapatannya untuk membantu mereka yang memerlukan.

IKLAN

Namun, selepas melihat individu sama kembali meminta bantuan setiap kali berdepan masalah, dia mula memikirkan pendekatan yang lebih baik untuk membantu.

Bila kau rasa aku boleh tolong dan setiap kali ada masalah boleh dapat duit, kau mungkin tak akan usaha untuk keluar daripada kemiskinan itu.

Sebab itu bagi saya kita dah tak boleh sekadar bagi duit. Kita kena ubah dia supaya jadi seseorang yang pandai cari duit.- Katanya.

Ayunie berkata dia kini mahu memberi lebih perhatian kepada mereka yang benar-benar mahu belajar mencari pendapatan dan berusaha mengubah kehidupan sendiri.

Sedekah kepada memerlukan tetap diteruskan

56479

Dalam masa sama, Ayunie menegaskan dia tidak berniat untuk berhenti bersedekah.

Menurutnya, ketika melakukan sedekah Subuh, sekitar 10 hingga 20 individu lazimnya dipilih untuk menerima bantuan sekitar RM100 seorang dan ada kalanya mencecah RM200 hingga RM300.

Sekurang-kurangnya kita nampak dia berusaha dan dia dapat rezeki daripada usaha sendiri.- Katanya.

Cuma selepas melihat individu sama kembali meminta bantuan beberapa kali, Ayunie berkata dia kini lebih cenderung membantu mereka yang sedang berusaha termasuk peniaga kecil.

Ayunie kongsi pengalaman berniaga

56483

Ayunie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Flag-Off Penghantaran Kontena Produk Bariistar ke Amerika Syarikat di MARA Halal Industrial Park, Batu Caves, baru-baru ini.

Dalam perkembangan perniagaannya, Bariistar kini telah memasuki sembilan pasaran antarabangsa termasuk Korea, China, Vietnam, Indonesia dan Singapura sebelum berkembang ke Amerika Syarikat.

Menurut Ayunie, usaha membina pasaran luar bermula sekitar dua tahun lalu. Pengalaman membina perniagaan itu juga antara ilmu yang mahu dikongsikannya kepada individu yang mahu mencari sumber pendapatan sendiri.

Baginya, membantu seseorang tidak semestinya hanya dengan memberikan wang setiap kali mereka berdepan kesusahan. Ilmu dan peluang untuk mencari pendapatan juga boleh menjadi jalan untuk membantu seseorang berdikari.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas