Connect with us

Oh! Media

Menghadapi Masalah Dalam Hidup? Ini 5 Langkah Atasi Keinginan Bunuh diri

Ohmedia  Bunuh Diri

Oh! Lifestyle

Menghadapi Masalah Dalam Hidup? Ini 5 Langkah Atasi Keinginan Bunuh diri

Setiap daripada individu di dunia ini akan menghadapi pelbagai masalah seperti di tempat kerja, ketegangan dalam perkahwinan, atau masalah kewangan.

Tetapi, jika seseorang mempunyai masalah ini dan tidak dapat menyelesaikannya dengan baik ia boleh mendorong kepada keinginan membunuh diri.

Jadi, ini adalah 5 langkah untuk mengatasi keinginan membunuh diri:

IKLAN

5 langkah atasi keinginan membunuh diri

  • Bina kekuatan dalaman

Korang perlu mempunyai fikiran dan badan yang kuat untuk melindungi diri daripada pemikiran, perasaan dan tindakan membunuh diri. Korang juga boleh meningkatkan keupayaan daya tahan dan kemahiran mengatasi keinginan ini dengan mengikuti petua:

  1. Cipta sistem sokongan yang kuat: kekalkan perhubungan yang kukuh dan erat dengan ahli keluarga dan rakan. Sentiasa kekal berhubung dengan individu yang boleh memberikan korang sokongan yang diperlukan.
  2. Dapatkan bantuan apabila diperlukan, lakukan aktiviti yang korang gemari, dan tingkatkan kemahiran mengendalikan masalah korang.
  3. Pastikan badan dan fikiran korang sihat. Lakukan senaman, ambil makanan yang sihat dan dapatkan tidur yang mencukupi.
34ce0e5327a9fb8b18f875584a858177 6155890528817523dd7c04d2

  • Menyedari jika anda mempunyai keinginan membunuh diri

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti tanda amaran untuk membantu korang menentukan jika ada keinginan membunuh diri. Jika korang menyedari sebarang tanda di bawah, dapatkan bantuan segera. Tanda amaran membunuh diri, termasuk:

  1. Mengambil lebih banyak alkohol, dadah dan merokok.
  2. Mengalami kegelisahan, rasa bersalah dan tekanan.
  3. Merasakan korang tidak mempunyai sebab dan tujuan untuk hidup.
  4. Berasa putus asa, atau berasa tidak mampu melakukan apa-apa untuk memperbaiki masalah korang.
  5. Kerap berasa marah.
  6. Tidak mahu bersama keluarga dan rakan. Korang mahu bersendirian.
  7. Sukar untuk tidur atau tidur terlalu banyak.
Fb thumbnail how to be stress free at workplace how to handle pressure at work

  • Rawatan berkesan

Terdapat beberapa cara yang berkesan untuk membantu korang mengatasi keinginan bunuh diri. Korang boleh belajar untuk meningkatkan kualiti hidup korang, dan mengurangkan risiko membunuh diri. Berikut adalah beberapa kemahiran yang boleh korang pertimbangkan.

  1. Lebih menjaga diri sendiri. Korang boleh pergi membeli-belah atau bercuti.
  2. Berkomunikasi dengan individu lain.
  3. Kendalikan tekanan dan kegelisahan korang .
  4. Kawal kemarahan. Korang boleh berasa marah untuk beberapa situasi. Walau bagaimanapun, jangan biarkan kemarahan mengawal hidup korang.
  5. Bina perhubungan dengan individu di sekeliling korang. Korang boleh meminta bantuan daripada mereka apabila memerlukan.
  6. Belajar untuk bertenang. Dengarkan muzik kegemaran korang, baca buku kegemaran atau berjalan-jalan.
  • Mengikuti rawatan

Jangan menolak rawatan kerana sesetengah ubatan dan terapi tertentu boleh membantu korang mengawal dan atasi keinginan membunuh diri.

Dapatkan doktor atau pakar terapi. Mereka boleh membantu korang untuk mengurangkan risiko membunuh diri.

  • Fikiran positif

Kadang-kadang korang akan mengalami kesukaran untuk berfikir secara positif apabila berasa putus asa dan tidak berguna.

Namun, korang harus tanamkan kepercayaan kepada masa depan yang cerah dengan cuba mencari perkara yang bernilai untuk kehidupan.

6180aa364ac5c

Korang pastinya akan menyedari bahawa kehidupan korang masih bernilai dan berharga. Malah, keluarga dan rakan akan sentiasa bersama dengan korang.

Cabaran hidup dapat membantu menjadikan anda kuat. Anda boleh mengatasi keinginan ini dengan bantuan yang betul.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 6180aa364ac5c
  • Fb thumbnail how to be stress free at workplace how to handle pressure at work
  • 34ce0e5327a9fb8b18f875584a858177 6155890528817523dd7c04d2
  • Ohmedia  Bunuh Diri
  • 6180aa364ac5c
  • Fb thumbnail how to be stress free at workplace how to handle pressure at work
  • 34ce0e5327a9fb8b18f875584a858177 6155890528817523dd7c04d2
  • Ohmedia  Bunuh Diri

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas