Connect with us

Oh! Media

“Hari-Hari Lewat Tak Rilek, Sejam Dua” – Fasha Sandha Berang Pelakon Lambat Ke Set, Tak Reti Minta Maaf

Ohmedia fasha Sandha Set

Oh! Artis

“Hari-Hari Lewat Tak Rilek, Sejam Dua” – Fasha Sandha Berang Pelakon Lambat Ke Set, Tak Reti Minta Maaf

Fasha Sandha tegur pelakon didakwa kerap lewat ke set, bukan 15 minit tapi sejam dua!

Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang individu yang didakwa kerap lewat hadir ke set penggambaran.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Fasha berkata dia sebelum ini tidak mahu menyebut nama individu terbabit kerana mahu menjaga periuk nasi pihak berkenaan.

Fasha Sandha tegur isu lewat ke set

Menurut Fasha, calltime individu tersebut dikatakan pada jam 8 pagi, namun hanya tiba sekitar 8.58 pagi dalam keadaan belum bersolek dan belum bersedia.

IKLAN

Fasha turut menjelaskan bahawa calltime dirinya adalah pada jam 9 pagi, namun dia sudah tiba di lokasi sekitar jam 8.20 pagi dalam keadaan sudah bersolek dan bersedia untuk masuk set.

Fasha 1

Fasha turut mendakwa kelewatan itu bukan berlaku sekali dua, sebaliknya didakwa sudah berlaku sejak hari pertama lagi.

Menurutnya lagi, bukan sahaja dirinya, malah kru produksi dan artis lain juga terpaksa berdepan dengan kelewatan individu tersebut setiap kali mereka berlakon bersama.

Fasha berkata dia sebelum ini masih mampu berdiam diri, namun keadaan menjadi sukar apabila perkara sama didakwa berlaku hampir setiap hari.

Minta hormat masa produksi

Fasha turut menegaskan bahawa sikap menghormati masa orang lain amat penting, lebih-lebih lagi dalam kerja produksi yang melibatkan ramai pihak.

Tambah Fasha, individu seperti itu perlu diajar supaya lebih faham kepentingan menghormati masa orang lain.

Fasha 2

Fasha juga mendakwa individu tersebut tidak bertegur dan tidak meminta maaf walaupun hadir lewat ke set.

Dalam satu lagi hantaran, Fasha menjelaskan dia masih boleh bertolak ansur jika kelewatan hanya sekitar lima hingga 15 minit.

Namun, dakwanya, kelewatan yang berlaku bukan dalam tempoh singkat sebaliknya boleh mencecah satu hingga dua jam.

Fasha 3

Fasha berkata situasi itu membuatkan pihak lain perlu menunggu lebih lama sebelum penggambaran dapat diteruskan.

Dalam hantaran terakhir, Fasha sekali lagi menegaskan bahawa kelewatan berjam-jam tidak boleh dianggap perkara kecil.

Menurut Fasha, sebelum ini pihaknya hanya berkongsi perkara tersebut di status WhatsApp dan masih cuba bersabar, namun individu terbabit didakwa tetap tidak berubah.

Fasha turut berkata jika cara bersabar tidak berhasil, dia memilih untuk menegur dengan cara lain.

Kesabaran Fasha Sandha sudah sampai had

Fasha 4

Fasha berkata dia juga mempunyai anak dan lebih baik menggunakan masa menunggu itu untuk bersama keluarga berbanding perlu menunggu kelewatan orang lain.

Tambahnya lagi, dia menganggap sikap selalu lewat ke set sebagai tindakan yang menyusahkan pihak lain.

Fasha turut menyifatkan perkara itu sebagai tidak menghormati masa orang lain, apatah lagi apabila melibatkan kerja produksi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas