Connect with us

Oh! Media

Ini 6 Jenis Makanan Yang Perlu Dielak Pesakit Gastrik

gastrik

Oh! Lifestyle

Ini 6 Jenis Makanan Yang Perlu Dielak Pesakit Gastrik

Korang yang menghidap gastrik sebaiknya perlu mengelak dari makan makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan sakit yang korang alami.

ADVERTISEMENT

Untuk pengerahuan korang, gastrik merupakan satu keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut.

Sebagai contoh lapisan perut korang meradang dan kurang mengeluarkan asid, enzim dan lendir, serta menyebabkan ketidakselesaan di dalam perut.

Gastrik

Kali ini kami akan kongsikan beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik.

Sayuran dan buah-buahan

Pesakit gastrik seharusnya mengelakkan buah-buahan yang berasid seperti sitrus dan tomato.

Gastrik

Sebaliknya, korang boleh ambil pisang yang merupakan buah yang sesuai untuk gastrik angin kerana membantu merangsang pengeluaran lendir yang dapat melindungi daripada asid perut.

Produk tenusu

Lemak boleh merengsakan lapisan perut dan memburukkan gejala gastrik. Ini termasuk produk tenusu penuh lemak seperti susu dan mentega.

Korang perlu elakkan sos, inti atau puding yang dibuat dengan krim pekat atau keju lembut.

Gastrik

Protein

Protein seperti telur, putih telur dan pengganti telur adalah sumber protein yang sangat baik, tetapi elakkan menyediakannya dengan mentega, krim dan perasa.

Namun, korang perlu elak mengambil daging merah, terutamanya daging lembu dikisar dan potongan yang lebih berlemak. Sebaliknya, pilih ayam tanpa kulit atau ikan yang dipanggang, rebus atau kukus.

Gastrik

Kacang dan mentega kacang tinggi protein (tetapi juga tinggi lemak) boleh menjadi masalah bagi penghidap gastrik.

Kekacang dan legum sememangnya baik, tetapi pastikan ia diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ia boleh menyebabkan berangin dan kembung perut.

Pencuci mulut

Seterusnya, adalah pencuci mulut kerana ia mengandungi lemak dan gula yang tinggi, maka ia harus dielakkan.

Ini termasuklah makanan yang dibakar, pastri, aiskrim, puding dan coklat. Coklat juga bermasalah kerana ia kaya dengan kafein.

Rempah

Diet gastrik mengehadkan rempah dan perasa yang biasa digunakan dalam masakan, termasuk:

  • Lada hitam
  • Cili
  • Cabai burung
  • Serbuk bawang putih
  • Mustard
  • Buah pala
  • Serbuk bawang
  • Serbuk kari

Minuman

Pesakit gastrik perlu elak dari mengambil kafein, minuman manis, soda dan jus buah-buahan berasid (terutamanya jus oren atau tomato).

Selain kopi biasa, anda mungkin perlu mengelakkan kopi tanpa kafein kerana ia boleh menjadi sangat berasid.

Gastrik

Bentuk kafein lain, termasuk teh hitam, teh hijau, koko panas dan minuman tenaga juga harus dielakkan.

Minuman alkohol juga termasuk dalam senarai yang perlu dielakkan. Ia bukan sahaja merengsakan perut tetapi juga bertindak balas dengan perencat pam proton (PPI) yang digunakan untuk merawat gastritis, sekali gus menjadikannya kurang berkesan.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Perkara ini serius guys jangan ambil mudah.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas