Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Tips Diet Yang Perlu Diikuti Untuk Beginner!

Ohmedia diet

Oh! Lifestyle

Ini 5 Tips Diet Yang Perlu Diikuti Untuk Beginner!

Bagi korang yang baru nak mula diet atau menurunkan berat badan mesti mengalami kesukaran membiasakan diri dengannya.

Bagi pemula, korang perlu tahu bahawa penurunan berat badan yang ketara dalam tempoh masa yang singkat merupakan sesuatu yang tidak sihat.

Malah, penurunan berat badan juga perlulah disertai dengan pemakanan yang sihat dan juga senaman yang berterusan.

IKLAN

Biarlah kita turun berat secara perlahan-lahan tetapi konsisten berbanding penurunan yang mendadak namun bersifat sementara.

Pelbagai cabaran yang perlu korang tempuhi dan kali ini kami akan kongsikan tip bagi mereka yang baru nak mula untuk diet.

Tips diet untuk beginner

Tidak dinafikan, semua orang mempunyai gaya hidup dan selera yang berbeza. Oleh sebab itu, tidak ada diet yang sesuai untuk semua orang.

Sebagai permulaan, ikuti tips diet untuk beginner kami di bawah supaya anda boleh melakukan pilihan yang sihat tanpa rasa terbeban dengan diet!

  • Makan secara sihat

Boleh mula dengan masukkan beberapa makanan yang sibat ke dalam menu diet korang.

Makanan seperti kekacang, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu rendah lemak, daging pejal, makanan laut dan buah-buahan merupakan contoh makanan yang sesuai untuk mereka yang baru mula berdiet.

Diet

Malah, makanan ini juga mempunyai kalori yang rendah dan tidak akan membuatkan berat korang bertambah.

Makanan yang paling mengenyangkan ialah makanan yang mengandungi banyak seratseperti buah, sayur, bijirin penuh dan kekacang.

  • Bergerak dan jadi lebih aktif

Melakukan senaman dengan kerap juga dapat menyumbang kepada penurunan berat badan.

Jika korang rasa senaman itu seperti satu hukuman, perubahan gaya hidup ini mungkin tidak akan kekal lama. Apa kata, lakukannya secara perlahan-lahan dan jangan ambil langkah yang drastik.

Diet

Sebagai permulaan, cuba amalkan salah satu daripada tips diet untuk beginner di bawah. Lakukan aktiviti yang mudah seperti:

  1. Banyakkan berjalan.
  2. Naik tangga dan bukannya lif.
  3. Berjalan kaki pada waktu petang di sekitar kawasan perumahan.
  4. Regangkan badan ketika bekerja.
  5. Cari hobi baharu seperti berbasikal, berkebun atau mendaki gunung.
  • Tetapkan matlamat diet yang realistik

Tips diet untuk beginner yang sering dilupakan ialah kemestian mengutamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Sebab itulah, korang perlu letakkan matlamat yang lebih realistik.

Jangan letakkan goal untuk hilangkan 10 kilogram dalam masa dua minggu. Bahaya tau!

  • Jangan lupa beri ganjaran terhadap diri sendiri

Untuk sentiasa pastikan diri kita bermotivasi, beri ganjaran kepada diri sendiri selepas mencapai goal tersendiri.

Diet

Korang jangan berputus asa jika rasa hilang motivasi. Semua orang akan rasa burnout sekali-sekala. Selepas rehat, sambung semula diet korang.

Sebagai salah satu tips diet untuk beginner, lakukan usaha diet anda sebanyak 80%. Habiskan 20% masa lagi untuk berehat.

  • Rancang pemakanan anda semasa diet

Korang boleh mula dengan merancang rancang sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam supaya ia memenuhi keperluan kalori korang.

Diet

Pelan pemakanan atau meal prepping merupakan satu kaedah yang sangat efektif untuk melakukan diet yang sihat dan seimbang. Selalunya, kita akan rancang pemakanan selama seminggu.

Jika pelan untuk seminggu telalu berat untuk korang, tidak ada masalah jika anda ingin lakukannya sehari awal.

Apa yang penting, pastikan korang kekal disiplin dan ikut pelan seperti yang ditetapkan.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Slim and Fit Woman Drinking Water Before Having Breakfast
  • What you need to know before starting a new exercise routine 2
  • Reward yourself when success or achieve personal goal to increase motivation and inspiration celebrate victory or winning concept businessman get reward from himself in the mirror for self motivate vector
  • Ffe3fc8b d22b 46a3 a6b2 ec93181702c9 shutterstock 558092278211111
  • Ohmedia diet
  • Slim and Fit Woman Drinking Water Before Having Breakfast
  • What you need to know before starting a new exercise routine 2
  • Reward yourself when success or achieve personal goal to increase motivation and inspiration celebrate victory or winning concept businessman get reward from himself in the mirror for self motivate vector
  • Ffe3fc8b d22b 46a3 a6b2 ec93181702c9 shutterstock 558092278211111
  • Ohmedia diet

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas