Connect with us

Oh! Media

Cucu Najib Razak Anggap Penjara Dan Mahkamah Sebagai ‘Pejabat’ Atok

Ohmedia noryana najib razak

Oh! Negara

Cucu Najib Razak Anggap Penjara Dan Mahkamah Sebagai ‘Pejabat’ Atok

Nooryana Najwa memilih untuk belum memberitahu anaknya realiti sebenar mengenai Datuk Seri Najib Razak.

Bukan mudah untuk seorang ibu menjawab soalan anak apabila perkara sebenar dirasakan masih terlalu berat untuk difahami pada usia kecil.

Itulah situasi yang dilalui Nooryana Najwa apabila anaknya, Adam yang berusia sembilan tahun sering bertanya mengenai atoknya, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini berada di penjara.

Belum bersedia ceritakan perkara sebenar tentang atok

Menurut Nooryana, dia mengambil keputusan untuk belum mendedahkan keadaan sebenar kepada anak-anak kerana mahu menjaga mental dan emosi mereka terlebih dahulu.

IKLAN

Malah, Datin Seri Rosmah Mansor juga menggunakan pendekatan sama dengan memberitahu cucunya bahawa datuk mereka sedang sibuk bekerja.

Adam adalah cucu yang paling rapat dengan ayahanda. Dia selalu bertanya bila datuk mahu pulang ke rumah? Jadi saya akan terus bercakap yang datuk mereka sedang sibuk.- Katanya kepada Utusan Malaysia.

Disebabkan itu, setiap kali dibawa bertemu Najib, Adam menganggap mahkamah atau penjara sebagai tempat datuknya bekerja.

Soalan anak tentang Najib Razak paling menyentuh hati

Ohmedia najib Razak

Nooryana mengakui dia mampu berdepan pertanyaan orang ramai mengenai bapanya, tetapi situasinya berbeza apabila melibatkan anak sendiri yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

Hati ibu mana yang tidak tercuit bila mengenangkan hubungan anak bersama datuk mereka. Sama seperti saya, Adam tahun ini berusia sembilan tahun. Macam-macam soalan yang ditanya tetapi saya akan pusing cerita sana dan sini.- Katanya.

Najib Razak 2

Buat masa ini, Nooryana merasakan belum tiba waktu sesuai untuk Adam mengetahui keadaan sebenar. Dia turut bersyukur kerana mendapat sokongan daripada suami, ibu, ahli keluarga dan rakan-rakan dalam melalui situasi tersebut.

Fokusnya sekarang adalah untuk terus memberi semangat kepada Adam dan memastikan anaknya memberi perhatian kepada pelajaran.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas