Connect with us

Oh! Media

5 Gelagat Orang Elak Mudarat Paling Relatable, Yang Last Paling Geram!

Branded

5 Gelagat Orang Elak Mudarat Paling Relatable, Yang Last Paling Geram!

Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai risiko. Naik kereta ada risiko kemalangan, makan pun ada risiko keracunan makanan, dan bermacam lagi risiko dalam hidup yang kita perlu hadapi. Tapi, apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan impak kemudaratan kepada risiko itu?

Apa itu pengurangan kemudaratan?

Seperti sedia maklum, hidup kita sentiasa ada risiko dan kemudaratan yang perlu dihadapi. Tapi kita ada cara untuk mengurangkangkan kemudaratan dari setiap risiko serta bahaya dalam hidup sehari-hari.

Bagi mengurangkan kemudaratan di jalan raya, sentiasa pastikan kenderaan diselenggara dengan baik, peka dengan persekitaran dan mematuhi peraturan jalan raya.

Bimbang dengan kemudaratan dari ubat-ubatan mencurigakan? Elak sama sekali memakan ubat dari sumber meragukan. Pastikan segala ubat-ubatan diambil dari nasihat doktor bertauliah.

Elak penyakit berpunca gaya pemakanan dengan mengamalkan diet seimbang dalam hidup sehari-hari. Makan buah-buahan, sayur-sayuran, serta zat dan vitamin penting dari makanan semula jadi. Barulah sihat!

Disamping itu, pernahkah anda dengar tentang strategi pengurangan kemudaratan tembakau? Pengurangan kemudaratan tembakau diperkenalkan oleh pakar kesihatan awam untuk mengurangkan kemudaratan dan risiko bagi perokok tegar yang tidak mampu atau enggan berhenti merokok dengan mengelakkan pembakaran dan mengalih kepada produk bebas asap. 

Tetapi produk bebas asap bukan bermakna bebas risiko tau. Produk ini turut mengandungi nikotin tapi berpotensi untuk mengurangkan mudarat kepada pengguna berbanding rokok.

Patuhi peraturan jalan raya

Kemalangan boleh terjadi atas pelbagai sebab antaranya keadaan jalan raya dan sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Bagi mengurangkan kemudaratan di jalan raya, apa yang kita boleh buat adalah sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan segala langkah keselamatan. Penting bukan sahaja untuk diri sendiri malahan bagi keselamatan pengguna lain juga.

Jangan ambil ubat-ubatan sembarangan

Kalau bab ubat, memang kena sentiasa berhati-hati. Nampak macam kecil tapi jika tersilap langkah, mudarat jawabnya. Dapatkan preskripsi doktor sebelum mengambil apa-apa jenis ubat. Jangan sesekali membeli secara online kerana kita sendiri tidak tahu dos dan kandungan ubat tersebut.

Makanan

Walaupun suka sangat dengan sesuatu jenis makanan, kita tidak boleh mengambil secara berlebihan. Apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat di kemudian hari. Bagi yang suka makanan manis dan bergula, anda masih boleh makan tapi pastikan sentiasa berpada-pada dan diselangi dengan aktiviti riadah seperti bersukan. Barulah sihat!

Pengurangan kemudaratan tembakau

Nak tau tak, untuk membuat semua perokok terus berhenti adalah tidak realistik tau! Oleh itu menyingkirkan pembakaran dan menukar kepada produk bebas asap atau alternatif lain boleh diamalkan untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya bukan sahaja untuk perokok tetapi juga untuk orang sekeliling mereka.

Mengapa menyingkirkan pembakaran tembakau amat penting untuk mengurangkan kemudaratan tembakau? Mari lihat infografik di bawah.

Asap rokok yang terhasil dari pembakaran adalah penyebab utama penyakit berkaitan merokok manakala produk alternatif bebas asap pula tidak membakar tembakau serta menghasikan asap. Tahu tak, ada 6,000 bahan kimia dalam asap rokok dan 100 daripadanya telah disahkan bahaya oleh pihak berkuasa atau berpotensi membahayakan.

Untuk mengurangkan risiko ini, bolehlah memilih produk bebas asap (smoke-free alternatives) kerana tidak melibatkan pembakaran.

Mungkin anda akan tanya bagaimana pula dengan nikotin, adakah nikotin juga akan memudaratkan kesihatan perokok dan orang sekeliling mereka seperti asap rokok. Menurut infografik di bawah, kita mendapati bahawa nikotin boleh menyebabkan ketagihan namun ia bukanlah punca utama penyakit yang berkaitan dengan rokok. Oleh itu, produk bebas asap boleh digantikan sebagai alternatif untuk pengguna yang hendak terus menggunakan produk nikotin, kerana produk bebas asap tidak melibatkan sebarang asap yang memudaratkan.

Sekarang kita dah faham apa itu strategi mengurangkan kemudaratan, jom kita lihat video ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai pengurangan kemudaratan ini, boleh lawati laman web Harm Awareness Association (HAA) di SINI. Bermacam-macam info tersedia memberikan alternatif sambil membenarkan pengguna untuk ambil keputusan yang lebih komprehensif. Bukan saja mengenai rokok, malahan topik makanan, ubat-ubatan dan keselamatan jalan raya turut disediakan.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas