Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Ada Yang Masih Lakukan Maksiat Di Bulan Ramadan, Betul Ke Syaitan Diikat?

Oh! Islam

#RENUNGAN Ada Yang Masih Lakukan Maksiat Di Bulan Ramadan, Betul Ke Syaitan Diikat?

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling istimewa untuk umat Islam dan kita sebagai muslim juga disyariatkan supaya memperbanyakkan ibadah pada bulan ini.

ADVERTISEMENT

BACA : #RENUNGAN Ini Penjelasan Rasulullah Tentang Kedudukan Anak Kecil Yang Meninggal Dunia

Bukan tu jer, sejak kecil lagi kita dah diberitahu bahawa syaitan-syaitan akan diikat dan tidak boleh menghasut manusia melakukan perkara jahat. Betul ke?

Jom fahamkan hadis ini.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan bahawa al-Hulaimi berkata: “Ada kemungkinan bahawa yang dimaksudkan adalah syaitan yang mencuri berita langit. Belenggu ini berlaku pada malam-malam Ramadhan, bukan pada siang harinya, kerana pdaa masa turunnya al-Quran, syaitan-syaitan telah dihalang daripada mencuri berita. Kemudian mereka dibelenggu untuk lebih menjamin keamanan. Ada juga kemungkinan yang dimaksudkan adalah syaitan tidak dapat mengganggu umat Islam kerana mereka sibuk melaksanakan ibadah puasa, di mana dalam puasa tersebut, mereka berusaha untuk mengalahkan nafsu syahwat. Di samping itu, mereka juga sibuk berzikir dan membaca al-Quran.”

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar lagi: “Berdasarkan sebahagian pandangan, yang dimaksudkan syaitan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang (bukan semua syaitan). Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim… (sebagaimana di atas).”[12]

Jika diteliti, terdapat satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah yang dinamakan:

بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُالشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ

Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.”[13]

Syeikh Anwar al-Kashmiri menyebut: “(Dibelenggu syaitan-syaitan) di sisi riwayat Tirmidzi: Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.”[14]

Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani: 

“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…”[15]

Hal ini juga sepertimana dijelaskan oleh Abu al-‘Abbas al-Qurtubi, dimana dalam menjelaskan hadith di atas, beliau menyebut:

  • Syaitan diikat daripada orang yang mengerjakan puasa dengan menjaga syarat dan adab ketika berpuasa. Adapun bagi mereka yang tidak mengerjakan puasa dengan benar, maka syaitan tidaklah terbelenggu daripadanya.
  • Meskipun seandainya kita mengatakan bahawa syaitan tidak mengganggu orang yang berpuasa, tetap sahaja maksiat boleh berlaku disebabkan faktor lain, iaitu dorongan hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan, adat kebiasaan dan gangguan daripada syaitan manusia.
  • Boleh juga dengan maksud bahawa syaitan yang diikat adalah syaitan secara umum dan yang memiliki pasukan, manakala yang tidak memiliki pasukan tidaklah dibelenggu.

Dasarnya, ia membawa maksud bahawa kejahatan itu berkurangan pada bulan Ramadhan dan hal ini jelas berlaku (pada bulan Ramadhan) berbanding pada bulan-bulan yang lain.[16]

Menurut Dr. Muhammad Uqlah pula, maksud tambatan atau ikatan tersebut adalah dengan kurangnya godaan dan menyakiti mereka. Inilah sepertimana dijelaskannya dalam kitab Ahkam al-Siyam.

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kami cenderung bahawa maksud syaitan yang dibelenggu itu adalah:

  • Hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada.
  • Ia juga membawa maksud syaitan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Hulaimi yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai memberi ujian/godaan kepada umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.[17]

Guru-guru daripada Abu Bakr bin Maryam menyebut: “Apabila tiba bulan Ramadhan, bersemangatlah untuk bersedekah. Ini kerana, bersedekah pada bulan tersebut lebih berlipat ganda pahalanya sepertimana seseorang bersedekah di jalan Allah (fi sabilillah). Pahala bacaan tasbih (zikir subhanallah) adalah lebih afdhal daripada seribu bacaan tasbih pada bulan lain.[18]

Ibrahim al-Nakha’i berkata: “Puasa sehari pada bulan Ramadhan lebih afdhal daripada puasa seribu hari selainnya. Begitu juga bacaan tasbih (zikir subhanallah) pada bulan Ramadhan lebih afdhal daripada seribu bacaan tasbih pada hari lainnya. Begitu juga, pahala satu rakaat solat pada bulan Ramadhan adalah lebih baik daripada seribu rakaat pada bulan lainnya.[19]

Kesimpulannya, apa saja kemaksiatan yang kita buat dalam bulan Ramadan ni adalah nafsu kita sendiri. Jadi, sebab tu jugalah kita diseru untuk menyibukkan diri melakukan amal ibadah untuk membersihkan hati dan membuang perkara yang salah.

Kredit: Buletin FM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas