Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Ini Penjelasan Rasulullah Tentang Kedudukan Anak Kecil Yang Meninggal Dunia

syurga

Oh! Islam

#RENUNGAN Ini Penjelasan Rasulullah Tentang Kedudukan Anak Kecil Yang Meninggal Dunia

Dalam #RENUNGAN kali ini, kami ingin berkongsi pula kisah atau Hadis dari Rasululullah SAW. Nabi Muhammad SAW, sering ditanyakan tentang kedudukan bayi dan anak kecil yang meninggal dunia dan Rasulullah SAW menggambarkan mereka dalam dua kelompok.

ADVERTISEMENT

Kelompok pertama

Bagi arwah anak-anak orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan di dalam syurga dan hidup bebeas didalamnya tanpa mempedulikan ibu dan bapa mereka yang menuju ke neraka.

Kelompok kedua

Anak-anak orang soleh pula termasuklah yang keguguran akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.

Di gunung itu terdapat pokok-pokok thuba dan anak-anak ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya

Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi-bayi yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.

Bagi anak-anak kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan didalam perut burung-burung berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga.

Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan didalam syurga dan neraka, anak-anak kecil tadi belum masuk ke syurga dan apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab :

Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu dan bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.

Apabila malaikat memberitahu anak-anak itu bahwa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis:

Jika di dunia kami tidak sempat bersama-sama ibu dan bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.

Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak-anak ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan olehNya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak-anak mereka ke dalam syurga.

Semoga kita semua ditempatkan bersama orang beriman. Amin.

Kredit: Inspirasi Kehidupan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas