Connect with us

Oh! Media

‘Mentega Terbang’ Lecehkan Agama, Ini 4 Hujah Penjelasan Dr Zulkifli

Oh! Islam

‘Mentega Terbang’ Lecehkan Agama, Ini 4 Hujah Penjelasan Dr Zulkifli

Hangat di media sosial kini mengenai filem Mentega Terbang yang didakwa menghina agama Islam dan memaparkan kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rasa Macam Nak Bagi Penampar Kat Pelakon Melayu Mentega Terbang Cib** Ni” – Dato’ Awie

Oleh itu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi 4 hujah mengenai kebimbangan yang tercetus disebabkan filem tersebut.

Hujah ‘mentega terbang’ hina agama

Pluralisme agama

Menurut Dr. Zulkifli, terselit unsur pluralisme agama dalam filem Mentega Terbang ini. Fahaman tersebut merupakan fahaman yang menyatakan semua agama adalah benar dan merupakan jalan menuju ke arah Tuhan.

Tuntutan pluralisme agama membawa implikasi berbahaya kepada manusia sama ada yang bersifat teori, epistemologi dan metodologi, atau yang bersifat ideologi dan akidah, atau yang berkaitan dengan isu yang lebih praktikal, kebebasan beragama.

Beliau juga memberitahu bahawa tiada bukti fahaman pluralisme agama ini mampu menyelesaikan isu pertelingkahan dan mewujudkan toleransi yang sebenar antara agama yang lain.

Kelahiran semula

agama

Selain itu Dr. Zulkifli mengatakan dalam filem tersebut telah dimasukkan dengan konsep kelahiran semula yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam filem Mentega Terbang, saya beranggapan Aisyah (watak filem) masih kekal Muslim walaupun ayahnya terbuka untuk anak murtad. Pun begitu, Aisyah seakan percaya kepada konsep kelahiran semula apabila melihat seekor kupu-kupu yang hinggap di batu nisan ibunya dan tersenyum puas.

Bekas menteri itu menegaskan terdapat banyak dalil Al-Quran berkenaan mereka yang meninggal dunia akan sama ada diberi nikmat atau diazab, bukannya berpindah ke tubuh individu lain yang masih hidup.

Perbandingan antara agama

agama

Dalam pada masa yang sama, beliau memberi penekanan mengenai amalan perbandingan agama yang diterapkan dalam filem Mentega Terbang.

Persoalan yang timbul adalah rujukan Aisyah dalam hal agama Islam ialah bapanya yang agak berbeza daripada peribadi Muslim yang lain (bertatu, berseluar pendek dan terbuka untuk anaknya murtad).

Dr. Zulkifli mengatakan perbandingan agama dalam filem Mentega Terbang dibuat bersama mereka yang tidak mempunyai kepakaran.

Melanggar sensitiviti agama

agama

Dr. Zulkifli juga mengatakan filem ini mempunyai banyak babak yang tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.

Saya yakin, tidak ada penganut Kristian yang baik dan cakna dengan sensitiviti, sanggup membawa masuk anjing ke dalam kawasan rumah seorang Muslim. Saya juga yakin, seorang Hindu yang baik juga tidak akan memakan daging lembu sebagaimana perlakuan Suresh.

Sebagaimana saya juga yakin, seorang Muslim yang baik dan menghormati mazhab setempat tidak akan menyentuh anjing tanpa sebab. Tambahan pula, seorang Muslim yang baik tidak akan sesekali mencuba mencabar syariat-Nya dengan makan pau berintikan daging babi sebagaimana perlakuan Aisyah.

Maka, jelaslah bahawa filem Mentega Terbang tidak sesuai untuk ditayangkan di khalayak ramai.

Kredit: Mstar | Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas