Connect with us

Oh! Media

‘Makan Di Khalayak Tindakan Menghina Agama’ – Timbalan Mufti Perak

Oh! Islam

‘Makan Di Khalayak Tindakan Menghina Agama’ – Timbalan Mufti Perak

Baru-baru ini viral video menunjukkan empat orang wanita tidak berpuasa tanpa rasa bersalah menikmati makanan di sebuah restoran pada bulan Ramadan. Ianya menjadi kecoh apabila teguran yang dibuat perakam tidak diendahkan pelaku.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) 4 Wanita Bertudung Kantoi Tak Puasa & Makan Di Sebuah Restoran Tanpa Segan Silu

Mengulas kepada video tersebut, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi laporan Sinar Harian berkata, membenarkan orang Islam termasuk wanita yang tidak boleh berpuasa makan di khalayak merupakan satu bentuk istihanah penghinaan kepada syiar dan syariat agama.

Tambahnya, tindakan sedemikian adalah tidak menghormati bulan Ramadan yang mana termasuk dalam senarai perkara paling difahami orang bukan Islam. Hal tersebut juga mencetuskan kemarahan umat Islam yang lain.

Di Perak, Enakmen Jenayah (Syariah) 1992, Bahagian IV – kesalahan berhubungan dengan maruah agama dan institusinya, dalam Seksyen 24 di bawah tajuk ‘Tidak menghormati Ramadan’ bahawa seseorang yang pada siang hari di dalam bulan Ramadan itu menjual apa-apa makanan, minuman atau tembakau kepada seseorang yang beragama Islam untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta-merta.

Atau dengan terang-terang di tempat awam didapati sedang makan, minum atau menghisap tembakau, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bukan itu sahaja, banyak negara seperti Maghribi, Kuwait, Arab Saudi, Iraq pada satu masa dahulu begitu juga Mesir telah memperkanunkan kesalahan makan dan minum di khalayak ramai dalam bulan Ramadan.

Jelasnya, galakan kepada wanita-wanita tidak boleh berpuasa untuk bebas makan secara terbuka di restoran adalah tidak menghormati kehendak majoriti hamba Allah yang berusaha memperoleh hak asasi sebagai hamba Allah yang tulen.

Beliau berkata lagi, segala ibadah dalam Ramadan sepatutnya ke arah memperkukuhkan ikatan hamba dengan Tuhannya selain memperbaiki hubungan sesama manusia.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pengguna di Facebook Oh! Media


Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas