Connect with us

Oh! Media

berpoligami

Oh! Islam

Beri Kelonggaran Suami Berpoligami Untuk Mohon Rumah Mampu Milik Adalah Tidak Wajar?

Sisters In Islam (SIS) merasakan tindakan kerajaan Terengganu yang telah memberi kelonggaran kepada pihak lelaki yang ingin berpoligami untuk memohon Rumah Mampu Milik (RMM) adalah tidak wajar.

BACA: Hangat Isu Poligami, Lelaki Ini Mengingatkan Kembali Netizen Akan “Hukum Menolak Poligami”

IKLAN

Menerusi laporan Astro Awani, SIS menyatakan bahawa tindakan kerajaan membenarkan perkara itu berlaku seolah-olah menggalakkan para suami untuk berpoligami walaupun hakikatnya mereka tidak mampu dari segi kewangan.

Syarat pendapatan tidak melebihi RM2,500 untuk mohon RMM

berpoligami

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak memaklumkan bahawa suami yang berpoligami boleh memohon RMM dengan syarat pendapatan mereka mestilah tidak melebihi RM2,500.

Persatuan SIS menyatakan syarat yang ditetapkan untuk pemohon untuk tidak pernah memiliki rumah dan hanya boleh buat permohonan sekali sahaja adalah tidak masuk akal.

Menurut satu kes permohonan poligami yang didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada tahun 2019, untuk berpoligami, antara syarat yang mahkamah perlu pertimbangkan adalah sama ada pemohon poligami boleh berlaku adil di kalangan isteri-isteri, iaitu menyamaratakan di antara para isteri dalam aspek material iaitu nafkah zahir meliputi tempat tinggal, makan minum, pakaian dan sebagainya.

Selain itu, kelonggaran ini juga tidak masuk akal kerana kebanyakan isu tentang perkahwinan poligami adalah berkaitan dengan kegagalan suami untuk berlaku adil dan saksama untuk menafkahi dan menjaga dua atau lebih keluarga.

SIS juga berpendapat kerajaan sepatutnya memberi keutamaan dan bantuan kepada golongan ibu bapa tunggal, kerana mereka lebih memerlukan bantuan daripada kaum lelaki yang mahu berpoligami.

Dalam era pandemik ini, kerajaan negeri wajib memberi perhatian kepada golongan rentan seperti golongan ibu tunggal.

Di Johor, kumpulan ibu bapa tunggal sedang mengadvokasikan agar pihak kerajaan mengiktiraf ibu bapa tunggal yang belum berkahwin agar mereka mendapat bantuan kewangan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Ini kerana, ibu bapa tunggal mengalami kesusahan dalam memohon bantuan kewangan dari kerajaan di mana mereka diminta untuk menyediakan sijil cerai atau sijil kematian pasangan.

Itulah pendapat dan suara dari SIS. Sesungguhnya, tindakan yang dibenarkan oleh kerajaan Terengganu ini pasti ada kebaikannya. Semoga selepas ini kerajaan boleh buat keputusan yang memberi kebaikan dan kesenangan buat semua pihak.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas