
Oh! Geekz
Jijik Dan Melampau! Laman Facebook Promosi Fantasi Seks Membimbangkan
Bila media sosial jadi tempat sebarkan bahan jijik, itu bukan lagi soal suka-suka. Rasanya, mesti ramai yang tahu tentang kewujudan kumpulan Facebook yang mempromosikan fantasi seks sumbang mahram.
Kumpulan itu bukan saja dikaitkan dengan Indonesia, malah turut menarik perhatian netizen tempatan yang turut melayari kandungan lucah melibatkan wanita dan kanak-kanak bawah umur!
“Sumbang mahram adalah jenayah berat” – Dr Zaim bincang laman Facebook.

Menurut Penganalisis Jenayah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Zaim Ahmad, jenayah sumbang mahram bukan sekadar melanggar undang-undang, tapi turut memberi impak besar dari segi psikologi dan sosial.
Jenayah sumbang mahram merujuk kepada hubungan seksual terlarang antara ahli keluarga yang mempunyai ikatan darah.
Di Malaysia, jenayah ini dikategorikan sebagai kesalahan berat dan tertakluk kepada hukuman tegas di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 376A dan 376B.
Menurut laporan media, pihak berkuasa Indonesia menahan enam individu termasuk pentadbir kumpulan media sosial yang dipercayai jadi dalang sindiket menyebar bahan jijik tersebut.
Kumpulan yang dikenali sebagai ‘Fantasi Sedarah’ dan ‘Suka Duka’ dipercayai berkongsi kandungan lucah melibatkan wanita dan kanak-kanak, sekaligus mencetuskan kebimbangan besar.
Mangsa alami trauma fizikal & mental…

Bukan sekadar kelainan nafsu, tapi mereka yang terlibat dikatakan mengalami isolasi sosial, tekanan hidup, serta tidak berinteraksi secara sihat dengan masyarakat sekeliling.
Lebih teruk bila ada elemen paksaan dan penderaan, yang menjurus kepada penderaan mental dan fizikal serta trauma kepada mangsa.
Dr Zaim turut menekankan bahawa budaya menjaga aib dan imej keluarga sering kali menyebabkan mangsa terus mendiamkan diri. Inilah cabaran utama dalam memerangi jenayah ini.
Pssttt! Bila jenayah seksual berunsur sumbang mahram disebarkan secara terbuka di media sosial, itu bukan lagi isu luar negara semata. Kita juga perlu ambil langkah pencegahan segera, dari pendidikan anak-anak, kawalan kandungan digital, hingga sokongan moral kepada mangsa. Jangan biar budaya diam dan malu terus menutup suara mereka yang teraniaya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
