Connect with us

Oh! Media

Shell Lancarkan Aplikasi Baharu Bagi Mudahkan Pengguna

Ohmedia shell

Oh! Gear

Shell Lancarkan Aplikasi Baharu Bagi Mudahkan Pengguna

Shell baru sahaja melancarkan aplikasi baru mereka dengan nama Shell Asia secara rasminya hari ini.

Aplikasi ini mampu membayar minyak tanpa perlu berurusan di kaunter dan turut menyertakan integrasi mata ganjaran Bonuslink.

Bukan itu sahaja, pengguna hanya perlu memasukkan nombor pam minyak dan memilih amaun yang anda inginkan.

IKLAN

Tambahan, pengguna aplikasi ini juga boleh memilih baucar yang ingin digunakan untuk setiap transaksi dan membuat pembayaran menerusi kad debit atau kad kredit.

Shell

Selain dari kegunaan untuk pengisian minyak, ia juga boleh menebus mata ganjaran Bonuslink untuk pembelian barangan dari kedai Shell Select.

Sementara itu, aplikasi Shell Asia ini tersedia untuk Apple Store dan juga Google Play Store yang membantu pengguna untuk mencari stesen Shell dengan kemudahan tertentu seperti pengecasan EV Shell Recharge, stesen yang dilengkapi pembayaran minyak secara RFID, kemudahan lain seperti surau, penukaran minyak, Costa Coffee dan pelbagai lagi.  

Shell

Dalam pada itu, sekitar 650 stesen sudah menerima pembayaran menerusi aplikasi Shell Asia, dan tiada lagi integrasi pembayaran pengecas kenderaan elektrik EV Shell Recharge kerana ia dilakukan menerusi aplikasi berlainan iaitu ParkEasy.

Shell

Malah, Shell juga menyasarkan aplikasi ini boleh digunakan di semua cawangan menjelang akhir tahun ini. 

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Shell asia app img 5829jpg
  • Shell asia app img 5818jpg
  • Image processing20221117 12487 7bme66
  • Ohmedia shell
  • Shell asia app img 5829jpg
  • Shell asia app img 5818jpg
  • Image processing20221117 12487 7bme66
  • Ohmedia shell

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas