Melangkah ke tahun 2021, mesti ramai antara kita yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Azam tahun 2021 pun mungkin berbeza dari tahun-tahun sebelumnya lagi-lagi lepas norma baru diperkenalkan.
Tapi iMedia Asia nak korang mulakan langkah 2021 dengan lembaran baru serta semangat baru sebab korang akan mendapat pengiklanan media digital bernilai sejumlah RM1 JUTA* tau! So nak tahu korang kena baca artikel ni sampai habis.
Bina Bersama 1.0 buka ruang untuk peniaga berkembang
Kalau kita imbau kembali untuk Bina Bersama yang pertama hari tu, kami dapat hampir 100 entry daripada peniaga-peniaga. Tapi selepas beberapa tapisan dilakukan akhirnya kami dapat approach beberapa peniaga yang layak.
Sebenarnya, kalau boleh semua kita nak bantu tapi kami perlu fokus pada yang betul-betul memerlukan. Jadi kami buat apa yang termampu untuk pastikan kumpulan sasaran ni dapat memulakan bisnes secara lancar dalam industri.
Bina Bersama 2021 diteruskan lebih besar lebih menyengat!
Bina Bersama 2021 akan diteruskan dan kali ni, kita akan menyaksikan kolaborasi 2 syarikat gergasi, EcoWorld dan iMedia Asia bersama-sama membuka lembaran baru buat peniaga-peniaga di luar sana.
Move on gais, walaupun tahun 2020 bukanlah seperti yang kita gambarkan at least kita masih ada peluang untuk majukan diri serta perniagaan kita!
Korang nak mulakan ataupun besarkan perniagaan ke lokasi yang lebih strategik dalam masa yang sama korang tak perlu risau tentang kos pemasaran.
Pengiklanan Media Digital bernilai sejumlah RM1 JUTA* dari EcoWorld x iMedia Asia
Yer betul tu, pengiklanan media digital bernilaisejumlah RM1 JUTA* akan jadi milik korang sekiranya korang beli atau sewa mana-mana* unit komersial yang tertentu di bawah projek EcoWorld.