
Oh! Artis
“Yang Tak Selesa Tengok, Boleh Scroll” – Baju Sukan Dikecam ‘Over’, Tya Adnan Bersuara
Baju sukan muslimah Tya Adnan dikecam keterlaluan, bahayakan pemakai.
Baru-baru ini, personaliti media sosial Tya Adnan menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan baju sukan labuh versi muslimah.
Namun, ada segelintir netizen mengecam baju sukan itu terlalu labuh dan longgar. Netizen bimbang ianya boleh membahayakan si pemakai. Siap minta wanita berniqab duduk diam-diam di rumah je.
Tya Adnan kecewa baju sukan muslimah dikecam
Tampil mempertahankan diri, isteri kepada pelakon Shukri Yahya ini berkata, wanita berniqab juga berhak muncul di media sosial.

Malah mereka muncul bukan untuk glamor tetapi untuk menormalisasikan pakaian yang Allah redha.
“Kalau tak biasa tengok, biasakan. Ini perjuangan”


Tya turut menegaskan bahawa pemakaian longgar dan menutup aurat bukan untuk sedap mata orang pandang, sebaliknya untuk mendapat rahmat Allah.
Pssttt! Semoga usaha ini membuka mata masyarakat untuk lebih memahami bahawa menutup aurat bukanlah penghalang untuk kekal aktif dan yakin.
Kredit: Threads Tya Adnan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
