
Oh! Artis
Tya Adnan Kaburkan Wajah Di Media Sosial, Shukri Yahaya Perjelas Mengenai Penampilan Terbaru Isteri
Penampilan terbaru isteri kepada pelakon terkenal, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan sudah berniqab dan perkara itu telah mengundang perhatian netizen.
Menurut laporan mStar, Shukri tampil menjelaskan yang isteri tercintanya itu sudah berniqab sejak balik dari menunaikan umrah pada bulan Februari lepas lagi.
Pelakon itu juga mendedahkan yang kali pertama Tya mengenakan niqab secara terbuka ketika dia menghadirkan diri dalam satu acara bersama.
Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan maksiat. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah tapi rupanya tidak..
Perkara itu juga buatkan Shukri berasa amat gembira selain sentiasa menyokong perubahan yang dilakukan isterinya itu.
Patutlah sebelum ini Tya ada kaburkan wajahnya ketika memuat naik perkongsian yang menunjukkan dirinya membeli kelengkapan jenazah.
