Connect with us

Oh! Artis

Uqasha Senrose Didakwa Berkemban Dan Berpelukan Dengan Amirul Affendi, Ini Penjelasannya..

Pelakon jelita, Uqasha Senrose didakwa berkemban dan berpelukan dengan pelakon, Amirul Affendi. Biar betul?

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu berlaku ketika menjalani penggambaran empat tahun lepas dalam filem Sumpahan Jerunei dan Uqasha menjelaskan dia lakukan itu bagi memenuhi tuntutan watak.

IKLAN

Bukan tu jer, kedua-dua babak itu dilakonkan sebelum dia berkahwin dengan Kamal Adli lagi. 

Jika diamati skrip, adegan-adegan itu perlu bagi mencantikkan lagi jalan cerita filem ini. Selain belum berkahwin, ketika itu saya juga masih solo dan tidak mempunyai sebarang komitmen dengan sesiapa.

Saya memang tidak boleh dicabar dan ingin melakonkan semua adegan sendiri tetapi ada batasnya. Sebenarnya babak itu bukan berkemban semata-mata, tetapi ada lagi seperti membabitkan kewujudan hantu. Namun, ia dipotong.

Ini adalah kerjaya masing-masing dan tuntutan untuk menjayakan watak. Cuma bila sudah berkahwin berbeza batasnya.

Apa pandangan korang tentang hal ini?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas