Connect with us

Oh! Media

Ubai Nafi Dakwaan Mahu Bercerai Dengan Shila Amzah

Oh! Artis

Ubai Nafi Dakwaan Mahu Bercerai Dengan Shila Amzah

Baru-baru ini, tular di media sosial khabar angin mendakwa perkahwinan yang baru dibina oleh pasangan selebriti, Shila Amzah dan Ubai diambang perceraian.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, suami Shila iaitu Ubai tampil menafikan hal tersebut sekeras-kerasnya kerana enggan fitnah tersebut terus berleluasa.

Kami bahagia saja di rumah. Tiada masalah apapun, malah lebih mengenali Shila dengan lebih dekat.

Dalam pada masa yang sama, pempengaruh tersebut turut meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menularkan hal tidak benar mengenai rumah tangganya.

Sebelum ini, Shila Amzah memaklumkan bahawa terdapat artikel di Facebook mendakwa rumah tangga bersama Ubai sedang retak.

Kredit: Harian Metro 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas