Oh! Artis
Tayang Aksi Mesra Siap Peluk Pinggang, Netizen Syak Pengacara Popular Ini Sebenarnya Dah Kahwin?
Pengacara dan personaliti TV popular, Anim Ezati mengundang perhatian pengikut media sosial apabila memuat naik video mesra bersama seorang jejaka.
Menerusi rakaman romantis yang dikongsi, ibu tunggal itu dilihat berpegangan tangan, makan bersuap dan berpelukan seolah-olah seperti pasangan suami isteri.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan peminat terhadap perkongsian yang dibuat. Ada netizen mempersoalkan status pengacara tersebut adakah kini bergelar isteri orang.





Untuk rekod, Anim pernah bernikah pada tahun 2019 namun bercerai pada tahun 2022. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 4 tahun.
Selepas itu, Anim dikhabarkan menjalin hubungan cinta bersama pelakon, Taufiq Hanafi pada pertengahan tahun lalu namun putus di tengah jalan.
Kredit: Beautifulnara
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM