Connect with us

Oh! Artis

Tahu-Tahu Kahwin! Penyanyi Sarah Suhairi Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz

Dengan sekali lafaz sahaja, penyanyi Sarah Suhairi yang terkenal dengan lagu ‘Sah’ telah selamat bergelar isteri pada hari Jumaat jam 8:30 pagi

Sarah telah memilih seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia iaitu Aswad Anuar yang berusia 39 tahun untuk menjadi sebahagian dari hidupnya.

IKLAN

Majlis pernikahan mereka telah dijalankan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

sarah suhairi

Menerusi laporan mStar, Sarah telah menerima seutas gelang yang berharga RM2,486 sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran. Manakala, wang hantaran dirahsiakan oleh pasangan ini.

Sebagai balasan kepada pihak lelaki, Sarah menyerahkan tujuh dulang hantaran.

Majlis ini turut diraikan bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan artis, sahabat handai dan juga rakan media.

Ramai rakan-rakan artis yang turut hadir ke majlis perkahwinan Sarah antaranya Naim Daniel, Afieq Shazwan, Wani Kayrie, Sissy Iman dan Shaffiq Erwin.

Difahamkan Sarah dan pasangan mengenali satu sama lain bermula di sebuah pusat equestrian pada tahun 2020 dan telah bertunang pada 27 Januari lalu.

Pasangan ini juga mempunyai hobi yang sama iaitu menunggang kuda.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas