Trending
Penyanyi Ezlynn Bagi ‘Green Light’ Suami Nak Tambah Isteri Dari Negara Jiran
Penyanyi popular Ezlynn yang kini hidup bermadu sebagai isteri pertama, baru-baru ini telah mendedahkan suaminya, Wan Mohd Hafizam berhasrat untuk berkahwin kali ketiga.
Menerusi satu hantaran di TikTok @kopiplanet, penyanyi tersebut telah memberikan keizinan buat suaminya selepas tahu bahawa suaminya itu ingin mencari isteri dari negara jiran, Indonesia.
Tambahnya lagi, lelaki mempunyai fitrah untuk mencintai lebih daripada seorang wanita dan suaminya juga tidak mempunyai alasan mengapa dia ingin berkahwin lagi.
Suami kata nak cari isteri lagi satu, kali ini dia nak orang Indonesia pula. Saya percaya suami saya, bila dia cakap tu memang betul dia nak.
Tapi cuma Allah SWT izinkan atau tidak, itu terpulang. Kita hanya merancang. Saya memang beri keizinan.
Untuk pengetahuan, Ezlynn dan suaminya, Wan telah bernikah pada tahun 2021 secara atas talian.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @kopiplanet
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM