Connect with us

Oh! Media

“Saya Tahu Saya Anak Dia Tapi” – Bapa Dikecam Sebab Ulas Isu Puteri Balqis, Leona Buka Mulut

Oh! Artis

“Saya Tahu Saya Anak Dia Tapi” – Bapa Dikecam Sebab Ulas Isu Puteri Balqis, Leona Buka Mulut

Pelakon Azhar Sulaiman baru-baru ini meluahkan pendapat peribadi tidak bersetuju dengan pendedahan yang dibuat Puteri Balqis mengenai bapanya.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran tersebut, Azhar dipercayai mempertikaikan adakah pelakon remaja itu tidak dinasihati dahulu sebelum menceritakan aib keluarga tersebut kepada umum.

Foto: xtra

Pendapat pelakon drama Keluarga Iskandar itu bagaimanapun mendapat respon kurang baik daripada netizen.

Netizen mula memetik nama anaknya, Kasih Iris Leona yang dikatakan turut tidak menjaga aib keluarganya.

Di Twitter, Kasih Iris Leona atau lebih mesra disapa Leona memohon orang ramai berhenti mengaitkan dirinya dengan posting yang dibuat bapa.

Saya tahu saya anak dia tetapi tolonglah berhenti kaitkan semua yang dia buat dengan saya. Kami tidak selalu sependapat mengenai sesuatu topik dan saya sendiri tak tahu mengapa dia berkata demikian. Jadi tolonglah..

Luah Leona lagi, pandangan bapanya tak semestinya mewakili dirinya. Tambahan pula apabila ianya melibatkan isu sebegini.

Kredit: Twitter @kasihirisleona

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas