Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Nekad Saman Penyondol Lepas Solat Istikarah, Perjuang Hak Sebagai Isteri

Cover Photo Om 1200 X 675 21

Oh! Artis

Puteri Sarah Nekad Saman Penyondol Lepas Solat Istikarah, Perjuang Hak Sebagai Isteri

Selepas empat tahun diganggu, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya telah mengambil tindakan saman terhadap orang ketiga yang telah mengganggu rumah tangganya.

BACA: “Dah Macam Amber Heard Pulak Dia Ni” – Puteri Sarah Tak Saman Orang Ketiga Sebelum Ini Sebab..

Menerusi sesi live bersama media, isteri kepada Syamsul Yusof ini berkata dia telah mengemukakan dua saman iaitu satu di mahkamah sivil dan satu lagi di mahkamah syariah.

IKLAN

Beliau nekad dengan keputusannya meneruskan saman sebaik pulang daripada mengerjakan Umrah April lalu. Puteri Sarah mengakui sebelum ini dia was-was dengan keputusannya kerana memikirkan keluarga, rumahtangga, anak-anak dan sebagainya.

Namun selepas mendapat nasihat daripada peguam dan melakukan solat istikarah, Sarah nekad demi mempertahankan maruah dirinya.

Katanya, perkara ini tidak akan pergi sejauh ini jika pihak ketiga tidak mencabarnya. Dakwa Sarah, pihak ketiga melakukan provokasi mengenai tindakan saman tersebut.

Sarah buat untuk diri Sarah, untuk keluarga, sampai bila Sarah nak kena pijak macam ni. Dah ambil orang punya duduk diam-diam, jangan ambil orang punya canang sana sini. Lepastu nak kacau isteri, nak kacau family, nak kacau persekitaran.

Puteri Sarah sikit pun tidak takut kerana dia mempunyai sokongan padu daripada belakang termasuk keluarga mentuanya. Pelakon ini juga tidak fikir mengenai menang atau kalah, yang penting dia berjuang haknya sebagai isteri.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas