Connect with us

Oh! Media

“Dah Macam Amber Heard Pulak Dia Ni” – Puteri Sarah Tak Saman Orang Ketiga Sebelum Ini Sebab..

Oh! Artis

“Dah Macam Amber Heard Pulak Dia Ni” – Puteri Sarah Tak Saman Orang Ketiga Sebelum Ini Sebab..

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana sebelum ini mendedahkan mengenai beberapa akaun palsu di media sosial yang sudah bertahun-tahun mengganggunya sehingga mentalnya ‘koyak’.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kenapa Nak Kena Kejar Suami Orang Lagi?” – Puteri Sarah ‘Sound’ Ira Kaza

Lebih mengejutkan apabila pelakon itu memetik nama anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira yang didakwa menjadi orang ketiga di dalam perkahwinannya.

Terbaru, pelakon ini menjawab provokasi mengenai tindakan saman yang akan diambilnya. Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Sarah memuat naik screeshot DM dipercayai dihantar daripada salah seorang pengikut kepadanya.

Menurut Puteri Sarah, bertahun-tahun dia tidak bertindak saman kerana berasa kasihan dengan bapa individu tersebut.

Sebelum ini, dia tidak mahu memperbesarkan isu dan menafikan kononnya hanya mahu perhatian. Pada masa yang sama Puteri Sarah menasihati individu itu supaya tidak memaki hamun. Dah macam Amber Heard katanya..

Apa-apa pun semoga urusan pelakon cantik ini dipermudahkan. Semoga mereka sekeluarga dapat hidup bahagia seperti sebelumnya. Amin.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas