Connect with us

Oh! Artis

Pemuzik Ini Dituduh Suka Pada Ernie Zakri?

Pemuzik, Anwar Amzah dituduh suka dengan seorang penyanyi wanita terkenal yang bergelar isteri orang. Pulak dah!

Menerusi Instagram, Anwar memuat naik satu screenshot yang menunjukkan seorang individu mesej dan menuduhnya meminati Ernie Zakri. Berat dakwaan ni!

IKLAN

Pakai warna sama dengan Ernie Zakri masa jamming. Minat isteri orang ke. Ada chat, ada text dengna isteri Syamel. Hebat. Isteri orang pulak awek muda. Layan ke.

Anwar sebenarnya tidak mahu mengambil peduli mengenai tuduhan itu tapi lepas jer terima banyak mesej dari orang ramai buatkan dia perlu membuat penjelasan mengenai hal ini.

Saya tak suka benda fitnah ini makin menjadi-jadi pula. Tolong hentikan. Saya sangat menghormati Kak Erni dan Syamel. Mereka berdua merupakan insan seni yang sangat profesional.

Tolong jangan laga-lagakan kami. Sebab saya mahu cari makan dalam industri muzik.

Bukan tu jer, Anwar juga ada hubungi Syamel dan berkongsi mengenai perkara itu. Syamel difahamkan memberi respon yang sangat baik, memahami dan profesional dan menganggap ia adalah satu dugaan dalam bidang seni.

Saya ada hubungi Syamel juga dan memberi penjelasan serta berkongsi cerita ini, dia memahami dan sangat profesional dan dia ok. Saya tak nak perkara sebegini boleh melaga-lagakan kami.

Untuk info, Anwar yang merupakan pemain gitar akustik profesional pernah bekerjasama dengan Ernie menerusi beberapa persembahan.

Apa pandangan korang? Siapalah agaknya disebalik individu yang menuduh bukan-bukan tu!

Kredit: Instagram Anwar Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas