Connect with us

Oh! Media

Pak Azad Mohon Maaf, Akui Buat Silap Sentuh Sensitiviti Kaum India

Ohmedia pak azad mohon maaf

Oh! Artis

Pak Azad Mohon Maaf, Akui Buat Silap Sentuh Sensitiviti Kaum India

Penyampai radio Era FM, Azad Jazmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad, tampil memohon maaf selepas mengakui silap menyentuh sensitiviti kaum India dalam satu video.

Menurut Pak Azad, dia sedar perbuatannya itu salah dan menegaskan bahawa dirinya juga berdarah India menerusi bapanya yang memeluk agama Islam.

BACA: Penyampai ERA FM Digantung! Video Kontroversi Sentuh Sensitiviti

IKLAN

Saya buat video ni khas buat kawan-kawan saya, sahabat-sahabat saya, keluarga, peminat saya yang berbangsa India. Secara jujurnya, saya juga mempunyai darah India, bapa saya adalah seorang India.- Katanya.

Pak Azad turut mengakui sudah ditegur oleh ahli keluarganya yang merasakan tindakan tersebut tidak sesuai.

Permohonan maaf buat rakan-rakan bangsa India…

Dalam permohonan maafnya, Pak Azad berharap agar kesalahan tersebut dapat dimaafkan oleh rakan-rakan berbangsa India yang mungkin tersinggung dengan video berkenaan.

Salah tetap salah. Saya cuma nak minta maaf kepada semua rakan saya yang berbangsa India, minta maaf sangat-sangat dan kawan-kawan Melayu saya sebenarnya tak faham.- Katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa mereka telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap semua pihak dapat memaafkan kesilapan itu.

Tiga penyampai Era FM digantung tugas

Sebelum ini, pihak Astro sudahpun mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat isu ini dan bertindak menggantung tugas tidak penyampai mereka iaitu Nabil, Raden dan Pak Azad.

Ohmedia pak azad mohon maaf

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas