Connect with us

Oh! Media

Ismail Lasim Tegaskan Pembatalan Pelantikan Exco Negeri Sembilan Tidak Sah

Ohmedia ismail Lasim

Trending

Ismail Lasim Tegaskan Pembatalan Pelantikan Exco Negeri Sembilan Tidak Sah

MB Negeri Sembilan Ismail Lasim menegaskan barisan Exco masih sah selepas pelantikan mereka dibatalkan Tuanku Muhriz berkuat kuasa serta-merta.

Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan kembali menjadi perhatian apabila Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedia ada masih sah dari sudut undang-undang.

Menurut laporan Astro Awani, Ismail berkata sebarang tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian Exco tanpa nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar adalah tidak berperlembagaan serta tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. 

Beliau berkata, dirinya tidak pernah dirujuk atau memberikan nasihat berhubung pemberhentian mana-mana Exco di bawah Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

IKLAN

Justeru, beliau menegaskan tiada keperluan untuk mengemukakan senarai Exco baharu kerana barisan sedia ada akan terus menjalankan tugas seperti biasa.

Ismail Lasim rujuk perkara 40(1)

Ismail Lasim

Ismail menjelaskan, berdasarkan Perkara 40(1) UUTKNS 1959, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran.

Berdasarkan Perkara 40(1) UUTKNS 1959, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran.

Kuasa budi bicara Raja di bawah Perkara 40(2) pula hanya merangkumi perkara yang dinyatakan secara bertulis sahaja, dan kuasa untuk memberhentikan Exco secara bersendirian tidak termaktub dalam institusi budi bicara tersebut,” katanya.

Beliau turut berkata Perkara 38(5) berkaitan tempoh perjawatan Exco perlu dibaca bersama Perkara 38(4) dan Perkara 40(1).

Menurut tafsiran Ismail, sebarang penamatan atau perubahan barisan Exco ketika pentadbiran berjalan hanya berkuat kuasa atas nasihat rasmi Menteri Besar. 

Sebelum ini pelantikan Exco dibatalkan

Tuanku Muhriz

Kenyataan Ismail itu dibuat selepas Istana Negeri Sembilan memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka. 

Istana turut merujuk Perkara XXXVIII(5) UUTKNS 1959 yang menyatakan seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar. 

Perkembangan ini mewujudkan pertikaian mengenai tafsiran kuasa perlembagaan negeri, dengan Ismail mempertahankan kedudukan Exco sedia ada manakala kenyataan Istana menyatakan pelantikan mereka telah dibatalkan.

Ismail memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan akan terus mempertahankan keluhuran perlembagaan bagi memastikan kestabilan pentadbiran dan mandat rakyat sentiasa terpelihara berlandaskan lunas undang-undang.

Perkembangan selanjutnya dijangka menjadi perhatian susulan pertikaian mengenai kedudukan Exco serta tafsiran kuasa di bawah UUTKNS 1959.

Nota Oh! Media:
Kemelut melibatkan institusi negeri dan tafsiran undang-undang perlu dilihat berdasarkan fakta, peruntukan perlembagaan serta proses undang-undang yang sah. Elakkan membuat kesimpulan hanya berdasarkan dakwaan satu pihak sementara perkara masih dipertikaikan.

Sumber: Astro Awani
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas