Connect with us

Oh! Media

“Lepas Berjaya Buat Serangan Mengejut Then What?”- Azhar Sulaiman Kritik Strategi Perang Ketua Kumpulan Hamas

azhar

Oh! Artis

“Lepas Berjaya Buat Serangan Mengejut Then What?”- Azhar Sulaiman Kritik Strategi Perang Ketua Kumpulan Hamas

Pelakon Azhar Sulaiman telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila mengkritik ketua kumpulan Hamas.

ADVERTISEMENT

Tindakannya itu dibuat menerusi satu perkongsian di akaun Instagramnya, semalam.

Malah, beberapa rakan selebriti dilihat tidak bersetuju dengan perkongsiannya dan meminta pelakon veteran itu untuk memadamkan hantaran berkenaan.

Menerusi kenyataan itu, Azhar mempertikaikan kebijaksanaan ketua kumpulan Hamas yang didakwa tidak mempunyai strategi dalam berperang.

Ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu. Lepas berjaya membuat serangan mengejut terhadap Israel, then what?

Buat apa pergi berperang bila tiada strategy to continue fighting lepas first wave striked.

Kejarlah kematian syahid dengan kebijaksanaan dan bukan dengan kedangkalan atau bersikap selfish nak mati syahid tapi rakyat Palestin jadi mangsa.

Azhar

Dalam pada itu, penyanyi rap, Caprice turut meminta pelakon veteran itu untuk memadamkan hantaran tersebut.

Tambahan, pelakon Sharnaaz Ahmad juga meninggalkan komen dan mempersoalkan tindakan Azhar yang sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apa maksud abang facts bout Israel tak akan kalah sehingga Imam Mahdi sampai dalam hayat ini? How do you know? Have faith sebab kita tak tahu pengakhiran kita.

I will stand with Hamas and Al Qassam and Islam. They die for Islam. Kita belum tentu lagi mati semulia depa.

Azhar

Azhar

Hamas bijak atau tidak, depa yang angkat senjata dan pertahankan tanahair depa, pertahankan Islam. Kita? Belum tentu mampu bila musuh 1,000 kali ganda lebih kuat dari kita.

Namun begitu, Azhar masih tetap dengan mempertahankan pendiriannya dengan menegaskan bahawa strategi serangan 5,000 roket itu dianggap tidak bijak.

Walau bagaimanpun, selepas menerima kecaman dan pelbagai reaksi netizen Azhar telah memadam perkongsiannya itu.

Azhar

BACA: Anwar Ibrahim Dakwa Ahli Parlimen Eropah Usul Sekatan Ke Atas Malaysia Sebab Sokong Palestin

Terdahulu, seorang ahli Parlimen dari Eropah bertindak mengusulkan untuk melakukan sekatan ekonomi ke atas Malaysia gara-gara dengan lantang menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin.

Kredit: Instagram Azhar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Sis ni pun mesti dah ambil iktibar atas apa yang terjadi, semoga menjadi pengajaran juga buat kita semua. #syamimia#tiktokers#insaf#sembangentertainment#ohmedia#hj

♬ Solo (TikTok Snippet) – Blanka

  • azhar
  • azhar

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas