Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Dakwa Ahli Parlimen Eropah Usul Sekatan Ke Atas Malaysia Sebab Sokong Palestin

anwar ibrahim ohmedia

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Dakwa Ahli Parlimen Eropah Usul Sekatan Ke Atas Malaysia Sebab Sokong Palestin

Seorang ahli Parlimen dari Eropah bertindak mengusulkan untuk melakukan sekatan ekonomi ke atas Malaysia gara-gara dengan lantang menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. PMX dalam pada itu turut menyatakan Malaysia tidak akan gentar dengan usul berkenaan.

Ada ahli Parlimen Eropah yang bangkitkan. Ada yang usul langsung (sekatan terhadap Malaysia) dari salah seorang ahli Parlimen Eropah.

Ia tak jadi masalah (bagi pihak Malaysia). Kita jangan hiraukan soal itu (usul sekatan). Kita ada urusan kerja dan kita teruskan.

PMX dalam pada itu meletakkan kepercayaan kepada pihak PDRM bagi menguruskan usul yang dilihat seperti ugutan itu.

IKLAN

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ada. Mereka akan uruskan. Kita tak akan bimbang. Kita akan teruskan kerja kita.

Ugutan sekatan seperti ini sebenarnya sudah boleh kita jangkakan memandangkan negara Barat dilihat lebih menyokong negara pendatang haram, Israel.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas