
Oh! Artis
“Kenapa Jadi Macam Ni?” – Netizen Terkejut Tengok Penampilan Terkini Dafi
Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Dafi mengejutkan orang ramai apabila muncul dengan imej kurus dan cengkung.
Jelas Dafi, perubahan fizikalnya itu bukanlah disebabkan pembedahan bariatrik atau potong usus tetapi kerana diet seimbang.
Memetik laporan Gempak, berat badannya menyusut sejak menjalani penggambaran filem Malbatt. Sejak dari itu, dia berusaha untuk kekal kurus bimbang badan akan berisi semula.
Sebab dulu masa sekolah saya gemuk, saya memang ada masalah yang takut sangat gemuk balik. Few years back badan saya agak naik juga tapi untuk filem Malbat, saya perlu jadi askar jadi saya turunkan berat.
Dafi meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana kurus bukanlah akibat sakit. Dafi yang baru mengeluarkan lagu terbaru Ogos lalu mahu kekal kurus untuk kelihatan fit dan presentable.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat imej terkini penyanyi tersebut. Katanya, wajah Dafi sangat berubah dan kelihatan lebih berusia daripada umurnya yang sebenar.
“Selalu jumpa Dafi dekat HUKM follow up dekat sini. Semoga Allah permudahkan segala urusan Dafi,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, netizen lain mendoakan semoga urusan penyanyi ini dipermudahkan dan terhindar daripada sebarang penyakit.
