Connect with us

Oh! Media

“Itu Kes Lain..” – Diasak Soalan Panas, Ifa Raziah Meradang Dengan Wartawan

Oh! Artis

“Itu Kes Lain..” – Diasak Soalan Panas, Ifa Raziah Meradang Dengan Wartawan

Peserta rancangan Terpaling Juara iaitu Ifa Raziah sekali lagi menjadi bualan ramai selepas nyanyiannya menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dikatakan sumbang dan kurang memuaskan.

ADVERTISEMENT

Juri, Datuk Hattan turut bertanyakan Ifa apakah perkara yang mengganggu fikirannya ketika menyanyikan lagu itu. Tetapi Ifa memberikan alasan terpijak kain membuatkan dia hampir terjatuh.

@fzlyusof Replying to @EyCah💖 ♬ original sound – fzlyusof

Netizen rata-rata tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Ifa Raziah. Tak kurang juga yang menganggap penyanyi dangdut itu suka menjawab komen juri.

https://www.tiktok.com/@fzlyusof/video/7139815974970084635?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menerusi temubual bersama wartawan F8Buzz, penyanyi ini dilihat meninggikan suara dan menegaskan dia hanya mempertahankan diri ketika dikritik juri.

Dia juga dilihat marah ketika wartawan membangkitkan isu guru vokal yang menegurnya bersuara sumbang.

@f8buzz Dato’ #Hattan tak kisah @ifa_raziah menjawab 😳 ‘Humban’ keluar kalau peluang diberi tak diambil di #TerpalingJuara Vid penuh YT F8Buzz #ifaraziah ♬ original sound – F8Buzz

Bagi Datuk Hattan pula, beliau sama sekali tidak peduli dengan sikap Ifa itu. Sebagai juri, jika persembahan peserta kurang memuaskan, beliau perlu beri teguran yang sepatutnya.

Aku tak kisah dia menjawab, aku tak rugi apa pun. Dia yang rugi. Dia nak menjawab dia punya pasal.
Kalau kau rasa kau betul kau jalanlah, kalau terkeluar jangan marah pulak.

Datuk Hattan juga tidak peduli dengan status peserta sama ada ‘otai’ atau tidak ‘otai’. Beliau lebih mementingkan kualiti dan mengenepikan elemen kawan-kawan dalam menegur.

Aku humban je dua-dua tu. Tak kira otai ke tidak otai. Kita nak kualiti macam Shaz sekurang-kurangnya. Sedap nyanyi macam tu.

Dalam temubual itu, Datuk Hattan memuji nyanyian bintang baharu Shaz yang dikatakan jujur dan ikhlas daripada hati.

Kredit: TikTok @f8buzz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas