Connect with us

Oh! Media

Dapat Dating Bersama Hun Haqeem Sambil Tonton Episod Akhir Ke Kodiang With Love? Macam Mana Nak Join?!

Ke Kodiang With Love Viewing Party

Branded

Dapat Dating Bersama Hun Haqeem Sambil Tonton Episod Akhir Ke Kodiang With Love? Macam Mana Nak Join?!

Siapa dekat sini dah tengok Ke Kodiang With Love, drama mini siri tajaan Ribena di Astro Gempak, sweet kan Ajib? Macam-macam cara dia cuba untuk pikat si Naziah. 

Tapi, tu lah bila dah ada peluang untuk mengurat Naziah, banyak pula halangan yang Ajib kena hadapi. 

Dah lah masa dalam perjalanan nak balik Kodiang hampir kemalangan disebabkan Husni, adik Naziah, bila dah pagi raya, lambat pula bangun. Kesian keluarga Naziah tunggu rendang daripada Ajib. 

Nak menambahkan lagi pedas, boleh pula Johan kekasih Naziah dari zaman sekolah datang beraya rumah Naziah. Kesiannya Ajib, dah rancang macam-macam, diakhiri kekecewaan. 

Tapi, pengakhiran mini siri ini macam tergantungkan? Haa, kalau korang nak tahu apakah yang akan terjadi, adakah Ajib berjaya menawan hati Naziah atau Johan sememangnya pilihan Naziah, jom sama-sama tonton episod finale Ke Kodiang With Love!

Psst, korang berpeluang untuk tonton episod akhir ni secara siaran langsung tau, siap ada barisan pelakon kesayangan korang lagi, tapi kena sertai peraduan Ribena!

Nak tahu caranya, jom kami kongsikan.

Jom Jumpa Hun Haqeem Di Viewing Party Finale Ke Kodiang With Love!

Ya, korang baca betul! Korang berpeluang untuk tonton finale Ke Kodiang With Love bersama barisan pelakon seperti Hun Haqeem dan hanya 50 orang pemenang sahaja yang akan dipilih untuk tonton bersama! Bestnya dapat dating dengan Hun Haqeem!

Jadi, apa yang nak kena buat untuk sertai peraduan ini? Haa, nak sertai peraduan ini senang kacang saja, korang ikut langkah mudah di bawah ini:

– Beli produk Ribena bernilai minima RM5 dalam satu (1) resit

– Kira berapa kali Ribena muncul di 4 episod drama mini siri Ke Kodiang With Love

– Hantarkan resit pembelian serta jawapan korang di WhatsApp ke 011-1689 4543

Senang saja kan? Tempoh peraduan ini bermula sekarang sehingga 30 Jun 2024 saja tau. Jadi, cepat beli produk Ribena sekarang! 

Untuk peraduan ini, 50 pembelanja tertinggi berpeluang untuk menangi pas eksklusif untuk episod Finale bersama Hun Haqeem. Tak sabarnya!

Manakala, untuk 51 hingga 150 orang pembelanja tertinggi akan menerima beg tote, siap ada tandatangan Hun Haqeem. Perghh, kalau tak dapat tengok Hun Haqeem depan-depan, dapat beg tote pun jadilah!

Peraduan ini hanya untuk pembelian produk Ribena sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat.

Haa, untuk korang yang dah lupa jalan cerita Ke Kodiang With Love, jangan risau, kami senangkan kerja korang, klik saja pautan di atas ni. Alang-alang tu korang boleh kira sekali berapa banyak Ribena muncul dalam kesemua 4 episod mini siri ini. 

Jangan lupa sertai peraduan ini tau! Bukan selalu dapat dating dengan Hun Haqeem betul tak? 

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial Ribena di Facebook dan Instagram sekarang! 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas