Connect with us

Oh! Media

Hilang Kesopanan Pada Baju Melayu Jika Pakai Nampak ‘Asam Keping’

Hun haqeem ohmedia

Oh! Artis

Hilang Kesopanan Pada Baju Melayu Jika Pakai Nampak ‘Asam Keping’

Apabila terlalu cuba untuk revolusikan pakaian baju melayu, terus hilang ciri-ciri kesopanan yang ada pada pakaian tersebut.

Pelakon, Hun Haqeem berasa kecewa dengan pereka fesyen kerana mengeluarkan baju Melayu yang jarang-jarang sehingga melanggar erti kemelayuan.

Tiada songkok pun tak lengkap sebab sebagai orang Melayu kita terkenal dengan sifat sopan santun, beradab dan beradat.

Kalau tunjuk ‘asam keping’, tak jadi beradablah. Apa-apa pun berbalik kepada kita punya asas dan rumpun siapa kita.

Selain itu, Hun Haqeem juga mengatakan sekiranya ingin memodenkan sesuatu perlu pergi kepada asas. Jika perbuatan itu mencalarkan kesopanan Melayu, ia akan merosakkan nama bangsa Melayu.

IKLAN

Boleh nak ikut gaya Barat tetapi bila lagi mahu ambil peluang tunjuk dekat luar sana bahawa baju Melayu adalah pakaian seragam kita.

Baju Melayu ini macam sut. Rasa tampan kalau pakai lengkap.

Pasti ramai yang bersetuju dengan pendapat daripada Hun. Bukan sahaja menghilangkan style kemelayuan tu, bahkan nampak lebih memalukan.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas