Connect with us

Oh! Media

Nenek Bongkok Tiga

Branded

Identiti Terbongkar, Nenek Bongkok Tiga Rupanya Ada Kisah Tersendiri & Ini Yang Korang Perlu Tahu!

Siapa dekat sini pernah dengar tentang kisah nenek bongkok tiga? Haa, cerita rakyat ini merupakan salah satu cerita yang ditakuti terutama buat golongan kanak-kanak. 

Namun, korang tahu tak siapakah gerangan sebenar nenek bongkok tiga dan apakah yang membuatkan ramai menggeruninya? Haa, kalau nak tahu, jom kami kongsikan!

Jangan Dicabar Nenek Bongkok Tiga!

Sebelum korang keliru, Nenek Bongkok Tiga merupakan sebuah drama bersiri Viu Original, terbitan Independent Pictures, arahan Datuk Yusry Abdul Halim. 

Siri ini mengisahkan tentang lapan individu yang didakwa telah menceroboh sebuah kawasan yang dihuni oleh makhluk bergelar ‘Tuan Tanah’. 

Disebabkan itu, mereka telah dijadikan tahanan di sebuah rumah agam terletak di tengah-tengah hutan Bukit Luruh yang didiami oleh seorang nenek tua. 

Untuk melepaskan diri, mereka perlu menyelesaikan beberapa cabaran yang diberikan oleh nenek tersebut. 

Namun, dalam keadaan terdesak, mereka saling berpaling tadah antara satu sama lain sehinggakan satu persatu rahsia besar tentang kejadian yang pernah berlaku di Bukit Luruh serta identiti sebenar nenek bongkok tua telah terbongkar.

Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang drama siri ini, korang boleh tengok bersama artis kegemaran seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sofia Jane, Fimie Don, Sara Ali dan ramai lagi di 3 lokasi road tour Nenek Bongkok Tiga

Bertemu Barisan Pelakon Nenek Bongkok Tiga & Menangi Hadiah Menarik!

Jadi, sempena meraikan drama siri Nenek Bongkok Tiga yang bakal ditayangkan di Viu pada 9 Februari 2023, Viu menganjurkan premiere serta road tour untuk drama siri ini di 3 buah lokasi terpilih. Fuhh, macam best je. 

Memang best pun sebab korang akan berjumpa dengan barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane, dan Rykarl Iskandar. Pergh, menariknya!

Paling penting, bukan setakat boleh berinteraksi dengan barisan pelakon, malah korang boleh sertai aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan di 3 lokasi tersebut untuk dapatkan tiket premiere serta barangan eksklusif daripada Viu! Yeay, tak sabarnya!

Tak cukup dengan itu, korang juga berpeluang untuk dapatkan baucar PRISM+ TV yang bernilai RM3,299 serta Premium Akses 1 bulan Viu! Siapa cepat dia dapat tau! Wow, korang jangan lepaskan peluang keemasan ni! 

Info tentang tiga lokasi road tour yang bakal dijalankan adalah seperti berikut:

– Pavilion Kuala Lumpur: 8 Februari, bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam

– Kuantan City Mall: 10 Februari,bermula  jam 12 tengahari hingga 10 malam 

– Paradigm Johor Bahru: 17 Februari, bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam

Untuk premier dan road tour di Pavilion, Kuala Lumpur, korang boleh juga saksikan persembahan showcase LIVE daripada artis seperti ChronicalZ, Nakalness, Kidd Santhe dan KungfuHeidi bermula jam 6 petang serta jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelakon-pelakon Nenek Bongkok Tiga di sesi Karpet Merah pada jam 7.30 petang!

Jadi, tunggu apa lagi, cepat ajak kawan-kawan serta keluarga untuk meriahkan lagi premiere dan road tour Nenek Bongkok Tiga! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial Facebook.

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas