Connect with us

Oh! Artis

Dalam Diam, Mas Khan Kini Bergelar Tunangan Pramugari

Siapa yang tak mengenali pelakon yang segak bergaya Mas Khan, dalam diam dia telah melangsungkan pertunangan dengan buah hatinya.

BACA : Anggap Filem ‘Low Budget’, Mas Khan Bagi Rating 6/10 Pada Polis Evo 3

IKLAN

Mas Khan telah berkongsi satu hantaran di Instagram yang memaklumkan dia sudah bertunang bersama Annatasha Diana, 27 tahun pada Sabtu lalu.

Dalam video yang dikongsi, bapa kepada Mas Khan turut memuji bakal menantunya seorang yang cantik dan lemah lembut. Dalam pada itu, dia juga mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

Majlis serba mewah yang berlangsung di sebuah restoran itu dihadiri oleh keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Mas Khan berkata dia juga tidak menyangka majlis itu akan meriah kerana segala persiapan diuruskan oleh bakal isterinya.

Difahamkan, Annatasha Diana merupakan seorang pramugari yang sudah berkhidmat selama sembilan tahun.

Meskipun pernah lalui fasa putus tunang, Mas Khan akui doa yakin dengan keserasian antara mereka dan membuatkan dia percaya dengan pilihannya itu.

Menerusi ruang komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas