Connect with us

Oh! Artis

“Saya Rasa Ada Pihak Yang Dibayar..” – Ruhainies Didakwa Cuba Sondol Kekasih Artis Thailand, Terkejut Nama Dipetik

Baru-baru ini tular isu pelakon sensasi Malaysia didakwa menyondol artis terkenal Thailand, Alek Teeradetch kekasih kepada Bow Maylada ketika menyertai satu percutian bersama keduanya.

Difahamkan ramai netizen berspekulasi Ruhainies adalah penyodol yang dikatakan. Biar betul?

IKLAN

Ketika dihubungi pihak media, Ruhainies terkejut apabila namanya dipetik sekali lagi sebagai penyondol.

Namun, dia tak menafikan kenal dengan kedua-dua pelakon Thailand terbabit kerana pernah berkerjasama ketika di Kazakhstan.

Berita itu timbul selepas sebuah portal terima satu e-mel layang daripada anonymous dan saya tidak rasa e-mel itu dikirim sendiri oleh pelakon wanita dan lelaki Thailand itu.

Mustahil juga mereka tahu e-mel portal tempatan kan. Mereka pula artis terkenal, tiada masa nak buat begitu.

Dedah pernah dapat e-mel layang dan tahu siapa pelaku

Lebih mengejutkan, pelakon sensasi itu juga mendedahkan sudah banyak kali menerima e-mel layang dari individu yang cuba untuk jatuhkan kariernya.

Kes e-mel layang yang mahu jatuhkan nama saya ini berlaku sejak Mac lalu.

Saya rasa ada pihak yang dibayar buat demikian dan saya tahu siapa yang buat, sebab boleh semak IT e-mel itu.

Pihak itu juga sengaja buat cerita tidak benar dan e-mel kepada brand-brand yang saya kerjasama supaya nama saya jadi buruk. Mahu takut-takutkan brand.

Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan identiti individu yang terlibat kerana perkara ini masih dalam siasatan.

Terdahulu, kecoh di semua platform media sosial apabila individu yang tak dikenali menghantar e-mel layang itu kepada pihak Kosmo!.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: OhBulan! | Kosmo!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas