Connect with us

Oh! Media

Anggap Filem ‘Low Budget’, Mas Khan Bagi Rating 6/10 Pada Polis Evo 3

20230603 142251 0000

Oh! Artis

Anggap Filem ‘Low Budget’, Mas Khan Bagi Rating 6/10 Pada Polis Evo 3

Pelakon sensasi, Mas Khan baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu posting di IG Story miliknya. Eh, kenapa pula tu?

BACA: “Ada Masa Belajarlah Agama” – Tak Malu Mengaku Jarang Solat Penuh, PU Syed Tegur Mas Khan

Posting yang dimuat naik itu menunjukkan Mas Khan mengkritik filem arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3.

IKLAN

Rating Mas Khan

Screenshot 20230603 141713 instagram

Pelakon itu memberitahu dirinya meletakkan harapan yang tinggi namun berasa kecewa kerana menganggap set penggambaran yang digunakan nampak murah.

Tapi, untuk Polis Evo 3 ni saya rasa sentuhan ‘Polis Evo’ dah tiada. Mungkin disebabkan bajet kecil atau perkara lain yang saya tak tahu. Set penggambaran semua nampak sangat murah nampak macam low budget punya filem.

Walau bagaimanapun, Mas Khan tidak menafikan barisan para pelakon yang hebat dan sempat memuji filem Polis Evo 1 dan 2.

Saya tak pertikaikan soal lakonan sebab barisan pelakon semua mantap gila bab*! Cuba kita tengok Evo 1 & Evo 2 betapa gempaknya set dia orang letup sana sini dengan squad polis yang sangat besar tapi Evo 3 ni dia lebih kepada komedi.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas