Connect with us

Oh! Media

Buat Parodi Kisah Cik B Dan DSV, Telatah Sherry Dan Nabil Bikin Netizen Terhibur

Sherry

Oh! Artis

Buat Parodi Kisah Cik B Dan DSV, Telatah Sherry Dan Nabil Bikin Netizen Terhibur

Belum pudar lagi isu melibatkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV), tentang hajat perkahwinannya bersama Iqbal yang tidak mendapat restu daripada anaknya, Cik B.

BACA: (Video) Catriona Ross Tiru Gaya DSV Sambut Birthday Iqbal Boleh Kena Saman?

Sejak itu, tular pula sebuah parodi yang dibuat dalam episod terbaru program Meletop memaparkan aksi Jihan, Catriona Ross dan Danial Zain yang cuba meniru semula babak kejutan hari jadi Iqbal yang dibuat DSV.

IKLAN

Lebih mendapat perhatian iaitu pelakon Catriona Ross yang meniru aksi DSV termasuklah dialek Kelantan serta perilakunya yang mirip dengan usahawan itu.

Video parodi tersebut telah mendapat perhatian dari kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan telatah mereka bertiga.

Sherry dan Nabil turut buat parodi DSV

Disebalik video parodi yang tular sebelum ini, dua pengacara terkenal tanah air, Sherry AlHadad dan Nabil Ahmad juga tidak melepaskan peluang untuk meniru aksi keluarga DSV.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @hakimi_kim memaparkan telatah mereka meniru aksi ‘pergelutan’ antara Cik B dan DSV ketika Live di Instagram baru-baru ini.

Menerusi video itu, dilihat Sherry memegang watak sebagai Cik B manakala Nabil pula memegang watak sebagai Kacak iaitu anak lelaki usahawan kosmetik itu.

Link TikTok

Lebih menarik perhatian adalah telatah Sherry yang meniru cara percakapan serta dialog yang digunakan Cik B sebelum ini dan ia dilihat sangat mirip.

Selain itu, penampilan rambutnya yang mirip dengan Cik B membuatkan watak yang dibawanya itu sangat sesuai sehingga mencetuskan gelak ketawa orang di sekeliling.

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 2021 09 23t145024441
Gaya rambut Sherry Kiri hampir mirip dengan Cik B kanan sehingga dianggap mirip ketika melakukan video parodi tersebut

Netizen turut terhibur

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen diihat turut terhibur dengan video parodi yang dibuat kedua-dua pengacara tersebut.

Screenshot 1187
Screenshot 1188
Screenshot 1189

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 198,000 jumlah tontonan serta mendapat 18,700 tanda suka.

Kredit: TikTok @hakimi_kim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas