Connect with us

Oh! Media

SYIOKNYAA OSIM Transformers Gaming Chair! Macam Ni Duduk 10 Jam Pun Boleh!

Branded

SYIOKNYAA OSIM Transformers Gaming Chair! Macam Ni Duduk 10 Jam Pun Boleh!

Korang peminat Bumblebee dan Optimus Prime? Ini ada berita baik untuk korang!

Sebelum tu, siapa kat sini peminat Transformers? Atau ada yang tengah pening mana nak cari kerusi gaming yang cun? OhMedia nak kongsikan barang baik yang patut ada dalam ‘wishlist’ korang! #RechargeAndGameOn 

Baru-baru ini Ohmedia berkesempatan merasai sendiri pengalaman menggunakan Gaming Massage Chair keluaran terbaru OSIM ni. Memang padu habis lah! 

Kalau korang nak tau, OSIM Gaming Massage Chair ini hadir dengan tema Transformers tau. Bestnya! 

Berbeza untuk edisi kali ini, OSIM Gaming Massage Chair mempunyai dua rekaan edisi terhad  yang menarik iaitu karakter Bumblebee dan Optimus Prime menerusi variasi uThrone V dan uThrone S. Kedua-dua reka bentuk ini confirm bikin korang tertarik!

OSIM Gaming Massage Chair Kerusi Gaming Pertama Dilengkapi dengan Fungsi Urutan

Kalau korang nak tau, OSIM merupakan jenama pertama yang mengeluarkan produk kerusi gaming yang didatangkan khas dengan fungsi urutan. 

Bermula dari tengkuk, badan sampai lah ke pinggang, OSIM memang mengutamakan pengguna mereka supaya korang akan rasa selesa walaupun duduk hampir 10 jam.

Korang yang bekerja dalam ‘office’ tu jangan ingat OSIM Gaming Chair ni boleh diguna dekat rumah je tau. Dalam pejabat pun boleh. 

OSIM Gaming Massage Chair ni dilengkapi dengan ciri keselesaan ergonomik yang membantu korang melakukan kerja dengan selesa, selamat dan berkesan. Boleh la elak dari sakit belakang kan?

uThrone V Gabungan Kerusi Gaming dan Fungsi Urut yang Sempurna

Variasi yang pertama untuk tema Transformers kali ini adalah uThrone V. Untuk uThrone V ianya dilengkapi dengan teknologi V- Hand Massage dan keselesaan yang ergonomik. 

Kenapa ergonomik? Haa, uThrone V didatangkan khas dengan fungsi urutan yang menakjubkan! V-Hand Massage untuk urutan di bahagian tengkuk, ditambah pula dengan shoulder grip bagi urutan di bahagian bahu dan Lumbar Press bagi bahagian belakang badan untuk mengurangkan rasa sakit belakang korang. Tahap keselesaan dia ibaratnya macam korang buat urutan sendiri. Pergh! Syahdu betul.

Tambahan pula, uThrone V dilengkapi dengan ciri boleh laras sama ada tempat letak tangan mahupun ‘seat’ tu sendiri sehingga 145 darjah tau! Kerusi gaming ni jugak diperbuat dari barang premium yang sememangnya selesa dan empuk! 

uThrone S Gaming Massage Chair,  Rasai Fungsi Getar seperti di Dunia Pertempuran

Bagi kerusi Gaming variasi uThrone S pula, ia lebih mengutamakan ciri khas iaitu fungsi getar dengan tiga peringkat di mana korang boleh pilih mengikut keselesaan korang. 

Bukan sekadar kerusi gaming biasa, tapi uThrone S dapat mengurangkan rasa sakit bahagian bawah badan dapat menghilangkan stress dan melancarkan peredaran darah. Senang cerita, bukan biasa-biasa!

Keistimewaan yang ada pada uThrone S adalah fungsi urutan bermula dari hujung rambut sampai lah hujung kaki seperti uVision 3, uCozy 3D dan uLumbar. Ketiga-tiga ciri ini membantu badan korang untuk kekal aktif dan dapat mengekalkan postur badan korang dengan betul. Berbeza sedikit dengan uThrone V, kerusi gaming uThrone S dapat dilaraskan sehingga 155 darjah tau! 

Ready, Set, GO!!!! 

Bagi edisi kali ni, OSIM mengeluarkan dua ‘design’ edisi terhad iaitu Bumblebee dan Optimus Prime dan mengekalkan warna elegan mereka iaitu hitam. OSIM Gaming Massage Chair ni mula dijual pada harga RM2,188 bagi uThrone S dan RM 3,288 bagi uThrone V selepas diskaun, kini dengan RGB Gaming Mouse Pad PERCUMA!

Sertai OSIM Mini Game dan Berpeluang Memenangi Hadiah Eksklusif 

Untuk makluman korang, edisi kali ini lebih GEMPAK! Sebab apa? Haa, OSIM ada buat mini game di mana korang diberi pilihan sama ada nak join team Bumblebee atau Optimus Prime.

Kemudian, korang hanya perlu dapatkan markah tertinggi. Pemenang tempat pertama (x1) akan memenangi OSIM uThrone S yang bernilai  RM2,988 dalam design Bumblebee atau Optimus Prime tau!

Pemenang tempat kedua sehingga kelima pula akan memenangi OSIM uSqueez  Hand yang bernilai RM868! 

Manakala pemenang tempat keenam hingga sepuluh bakal membawa pulang Osim uVision3 yang bernilai RM388. Syoknya! Bolehlah rileks kan mata korang yang penat tu guna uVision3 ni!

Peraduan OSIM Mini Game ini akan tamat pada 15 November 2022, pada jam 11:59pm. 

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Daftar Sekarang Dan Menangi Giveaway & Baucar Eksklusif 

Daftar pun dapat hadiah? Baik betul OSIM!!

Setiap pendaftaran penyertaan, korang layak untuk mendapat baucar OSIM Gaming Chair yang bernilai RM100*. 

Psst..psst.. Untuk  100 penyertaan terawal juga akan memenangi Recharge Kit berupa tuala muka berlogo OSIM dan vacuum flask digital. Bestnya!

Setelah mendaftar di laman mikro OSIM, peserta akan menerima SMS dengan kod unik untuk memenangi baucar RM100. Korang boleh menggunakan baucar tersebut di cawangan OSIM seluruh Malaysia. So, pastikan korang RECHARGE tenaga korang dan daftar segera!

Klik SINI untuk join OSIM Mini Game.

Saksikan Para Pemenang Bertuah Di All Star Finale Match, IOI Puchong Mall 

Kesemua sepuluh pemenang yang berjaya mendapat markah tertinggi perlu menghadirkan diri ke acara All Star Finale Match pada 26 November 2022  yang akan berlangsung di IOI Puchong Mall. Baru lah layak digelar sebagai PEMENANG! Jadi, take note okay!

Bagi korang yang nak merasai sendiri pengalaman dan keselesaan OSIM Gaming Massage Chairs, tunggu apa lagi? Jom ke cawangan OSIM di seluruh Malaysia dan rasai betapa hebatnya kerusi gaming ni!

Untuk maklumat lanjut tentang OSIM Gaming Massage Chairs edisi Transformers ini, layari laman web rasmi OSIM Malaysia dan ikuti media sosial mereka di Facebook. 

*Sah digunakan sehingga 30 November 2022

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas