Connect with us

Oh! Media

Sediakan Tisu, Filem Pendek “The Incident” Dengan Kolaborasi vivo X60 Pro Confirm Buat Korang Menangis!

Branded

Sediakan Tisu, Filem Pendek “The Incident” Dengan Kolaborasi vivo X60 Pro Confirm Buat Korang Menangis!

Bertempat di Golden Screen Cinemas, 1Utama, vivo berjaya menayangkan filem pendek terbaru yang berjudul ‘The Incident’.

Kisah yang diinspirasikan dari cerita sebenar ini dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar dengan fotografi profesional, vivo X60 Pro.

‘The Incident’ kisah sebenar menyayat hati

Menampilkan Pauline Tan, finalis Miss Universe 2015 sebagai teraju utama yang memegang watak Yee Cheeng dan dibantu oleh Phua Chandler sebagai anaknya, Kah Onn.

‘The Incident’ mengisahkan pengorbanan dan perjuangan seorang ibu tunggal mengharungi kehidupan yang penuh cabaran demi anak lelakinya, selepas kehilangan suami tercinta akibat pandemik.

Pada awalnya kami membayangkan jalan cerita yang akan dimainkan akan klise’ tapi rupanya kami tersilap, walaupun hanya filem berdurasi kurang 15 minit ‘The Incident’ digarap dengan kisah kehidupan yang sangat dekat dengan kita.

Bahagian yang paling menyentuh hati kami apabila Kah Onn menyanyikan lagu ‘Moonlight’ diiringi rakaman petikan gitar mendiang ayahnya, masa tu kami memang dah tak mampu nak tahan sebak.

Begitu juga dengan nasihat Kak Wani kepada Yee Cheeng bahawa hidup ni umpama roda, kadang-kadang kita di atas dan ada masanya pula kita di bawah. Ia sangat mengambarkan bahawa kesusahan yang kita alami sekarang tidak akan kekal selamanya.

Filem yang diarahkan oleh anak jati Kedah yang pernah memenangi anugerah Pengarah Baru Terbaik di Golden Horse Award, Chong Keat Aun, dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X60 Pro.

Turut membuat penampilan istimewa dalam filem ini ialah pelakon veteran terkenal, Adibah Noor, serta pendatang baru, Yuan Teng.

vivo X60 Pro pamer kehebatan sinematografi

‘The Incident’ merupakan filem kedua yang dirakamkan menerusi lensa vivo X Series – X60 Pro. Ia dilengkapi dengan sistem Stabilisasi Gimbal 2.0 yang dikuasakan oleh optik ZEISS yang hadir dalam telefon pintar yang ringan.

Chong Keat Aun bersama pasukan produksinya mengoptimumkan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki oleh X60 Pro bagi mengabadikan jalan cerita melalui lensa telefon.

Bukan itu sahaja, ciri Vision Extreme Night Vision 2.0 juga mampu merakam video dengan sempurna dalam apa jua keadaan walaupun dengan sumber cahaya yang rendah. Kejelasan dan kepekaan lensa X60 Pro ini memenuhi tema yang dibawakan filem ‘The Incident’.

vivo berharap lebih ramai akan terinspirasi menerusi filem pendek ‘The Incident’, bukan sahaja melalui mesej yang disampaikan malah kehebatan vivo X60 Pro merakamkan keseluruhan filem ini.

‘The Incident’ kini boleh disaksikan di YouTube rasmi vivo Malaysia atau korang boleh tonton di bawah.

Sinaran Harapan sampaikan kisah sayu dalam lagu

Bagi runut bunyi filem pendek ini yang berjudul ‘Light of Hope’ atau Sinaran Harapan, ia dinyanyikan sepenuhnya oleh Firdhaus Farmizi dalam Bahasa Mandarin.

Nama Firdhaus mula diperkatakan apabila lagu nyanyian dan ciptaannya berjudul Gulf of Alaska viral menerusi TikTok China, Douyin dengan lebih 170 juta tontonan.

‘Light of Hope’ diinspirasikan daripada puisi ‘Moonlight’, umpama refleksi yang menyampaikan mesej akan ada sinar di sebalik kesusahan dan keperitan hidup yang dialami dalam kehidupan.

Liriknya yang indah pula dikarang oleh pelakon dan juga penyanyi Yise Loo, dan ditulis bersama dengan Pengarah Chong Keat Aun yang mengisahkan harapan di sebalik cabaran. 

Bagi korang yang nak tau lebih lanjut mengenai vivo X60 Pro boleh baca artikel INI atau terus layari http://www.vivo.com/my/.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas