Connect with us

Oh! Media

Nak Rasa Acah-Acah Main Salji & ‘Date’ Di Taman Bunga Bercahaya? Jom Pergi Gamuda Cove!

Branded

Nak Rasa Acah-Acah Main Salji & ‘Date’ Di Taman Bunga Bercahaya? Jom Pergi Gamuda Cove!

Tak payah tunggu travel ke luar negara atau naik Genting Highland untuk rasa suasana musim sejuk, sekarang korang boleh alami sendiri keajaiban ‘winter wonderland’ terus di Gamuda Cove! 

Acara paling dinanti Echoes of Joy kembali lagi tahun ni dengan lebih banyak lampu, salji buatan, dan aktiviti menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

Nikmati Keindahan Sinaran Taman Tulip 

Selalu tengok bunga waktu malam kan? Haaa.. Kali ni di Echoes of Joy Gamuda Cove nak bagi korang ‘wow moment’ dengan Glowing Tulip Garden. Bayangkan korang dating dengan isteri atau mungkin bawa anak-anak untuk melihat keindahan ratusan tulip bercahaya.

Confirm jadi tempat paling cantik untuk lepak, ambil gambar, atau sekadar jalan santai sambil nikmati suasana magikal.

Ada Ice Skating Di Gamuda Cove? Seriuslah?!

Nak rasa vibe main ais macam kat luar negara? Tak perlu pergi jauh, jom cuba ice skating rink semasa Echoes of Joy! Tak kira korang pro atau baru nak belajar, mesti seronok bila satu family atau kawan-kawan main sama-sama.

Macam Betul-Betul Turun Salji!

Bahagian paling dinanti mestilah Snowing Sessions! Bila ‘salji’ turun pelan-pelan atas korang, serius rasa macam kat luar negara. Masa ni la nak rakam video estetik atau try buat orang salji dengan anak-anak.

Waktu Untuk Recharge Di Bazar Krismas, Kolaborasi Bersama AFFIN BANK, SIDEC & Halo Pink Market

Penat main snow? Ikut je bau sedap yang dari bazar Krismas. Ada snek panas sampai dessert, semuanya ada. Duduk makan bawah lampu-lampu bercahaya sambil layan lagu-lagu chill.

Marching Band & Santa


Tak cukup dengan suasana cantik, korang juga boleh merasai kemeriahan Hari Natal dengan pertunjukan dari Christmas Marching Band. Malah akan ada juga kemunculan khas Santa Claus dan Satarina tau.

Aktiviti Kreatif Dengan Binkboo

Jangan risau, kami yakin anak korang takkan bosan sebab selain aktiviti yang kami share kat atas, ada juga Junior MasterChef Workshop, yang mana anak korang boleh belajar masak.

KLIK SINI untuk penyertaan. Tempat adalah terhad, jadi pastikan book slot untuk anak korang tau!

Untuk aktiviti Kids’ Pop-up Market pula, Binkboo bawakan bazar kanak-kanak di mana sebanyak 10 gerai menampilkan usahawan cilik tau. Jadi, pastikan korang semua datang dan support usahawan cilik ini okay! 

Public Gift Exchange – Bawa Balik Kenangan Manis

Wow ini dah scale lain main tukar-tukar hadiah!

Kalau korang nak rasa vibes tukar hadiah tanpa mengharapkan ‘something big’, korang bolehlah datang dengan bawa hadiah kecil, dan tukar hadiah dengan pengunjung yang lain. Bukan selalu nak dapat pengalaman macam ni!

Save The Date Untuk Echoes of Joy Gamuda Cove

Takkan baca je, cepat buat plan dengan bestie dan family korang untuk datang ke Echoes of Joy di Gamuda Cove! Psst, korang siap dapat Lexus Biscuit Salted Peanut semasa pendaftaran nanti tau.

Tarikh: 13 & 14 Disember 2025
Masa: 4 petang – 9 malam
Lokasi: Townsquare, Gamuda Cove

Bukan itu saja, Gamuda Cove pun ada…Magical Cove Experience!

Selain itu, jangan lupa untuk alami sendiri pengalaman magika di Magical Cove Experience! Ia direka untuk meningkatkan pengalaman GL Play dengan melanjutkan keseronokan melangkaui tarikan dan ke dalam perbandaran Gamuda Cove. 

Berpusat di sekitar GL Play Buddies, inisiatif tematik ini memperkenalkan pengalaman 360° penuh yang melibatkan kesemua lima deria tau! 

Menariknya, ia menggabungkan dari Magical Immersive Journeys dan ke tarikan GL Play, penginapan Airbnb bertema di Maya Bay Residences, serta acara Magical Experience di lapangan seperti sambutan hari jadi, dan persembahan yang menarik. 

Tempah 1 malam sekarang dan dapatkan Baucar GL Play secara percuma worth RM200! Info lanjut, klik pada pautan INI

Nak tahu update terkini atau aktiviti menarik lain? Jangan lupa follow Gamuda Cove di Facebook, Instagram atau layari laman web rasmi Gamuda Cove.  

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas